Buku ini menghimpukan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, kalam ulama serta syair-syair berkenaan amalan menghapuskan dosa. Kami melihat kitab ini amat wajar diterjemahkan sebagai pendorong kepada kita, umat manusia yang sering terpalit dengan dosa. Boleh dikatakan setiap hari kita melakukan dosa. Sama ada dosa dengan Allah atau yang bersangkutan dengan manusia. Tambahan pula, teknologi dan media yang tidak terbatas membuatkan umat masa kini lebih mudah terdedah kepada dosa.