Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Buku Baharu

Buku Baharu (267)

Kesempurnaan dan kemuliaan akhlak Nabi Muhammad SAW diakui bukan sahaja oleh keluarganya dan para Sahabat, malahan musuh-musuhnya juga mengakui akhlak-akhlak mulia yang ada pada diri Baginda. Seperti mana agama islam mengajar kita untuk mengesakan Allah dan beribadah kepada-Nya semata, islam juga mengajar kita berakhlak dengan akhlak yang mulia. Siapakah contoh terbaik untuk kita teladani akhlakny kalau bukan Rasulullah? Naskhah ini memaparkan lebih 160 buah hadis tentang akhlak nabi muhammad untuk diteladani.

Ilmu adalah perkara asas yang mesti ada pada manusia untuk kelangsungan hidup di dunia. Namun sebagai Muslim, ilmu juga diperlukan untuk kelangsungan, keselamatan dan kejayaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Maka buku ini hadir menjelaskan secara ringkas dan padat asas-asas dan rukun-rukun agama yang mesti difahami setiap Muslim dan Muslimah merangkumi ilmu:

• Tauhid; Sifat-sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi Allah, Sifat-sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi para Rasul.

• Feqah; Bersuci, Solat, Puasa, Zakat dan Haji.

• Tasawuf; Menjaga anggota zahir daripada melakukan maksiat, Membersihkan hati daripada sifat-sifat tercela dan Menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji. 

Selasa, 24 September 2024 17:00

Mencari Sayang YANG HILANG

Written by

Farha, dia selalu menyangka cinta saja sudah cukup untuk memberinya bahagia. Walau perkahwinannya dengan Raof ditentang hebat, dia tetap percaya cinta tulus mereka mampu mengatasi segalanya. Ahhhh! Begitulah naifnya dia. Cinta benar-benar membuatnya jadi buta. Tetapi bak kata orang, langit tidak selalunya cerah. Bahagia yang dia kecapi dan cinta yang dia agungkan rupanya dikhianati dalam diam.Disahkan hamil, hidup Farha mula berubah. Dia ditatang dengan penuh kasih sayang oleh suami membuatkan Nurita diserang rasa cemburu dan mula tergugat. Lebih-lebih lagi apabila Raof mula menjauh. Tetapi semakin Raof cuba mengelak semakin kuat dia menggoda sehingga Raof berkali-kali terkulai di dalam dakapannya. Peribahasa ada menyebut, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Begitu jugalah kecurangan yang sering Raof sembunyikan. Kerana cemburu Nurita dan kebencian mentua, satu demi satu pengkhianatan Raof ditelanjangkan. Direndahkan skandal suami dan dihina ibu mentua sendiri membuatkan Farha semakin goyah. Kejamnya manusia, hatinya yang remuk terus diperkotak katikkan tanpa belas. Apakah dia perlu terus bertahan dalam rumahtangga yang semakin menyesakkan atau berundur demi mencari kebahagiaan sendiri? “

Selasa, 20 Februari 2024 15:52

10 Hari untuk Healing

Written by

"Aku hantarkan kalimat healing ini, buat mereka yang tidak bisa bernafas, semput jiwanya, perlahan paru-parunya, di ketika mengharungi waktu sungkurnya dia " buku ini memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang sedang diuji atau dan masalah.

Selasa, 20 Februari 2024 15:19

Kerana Takdir Tak Pernah Mungkir

Written by

Buku ini berkenaan struggle hidup daripada pelbagai perspektif dan latarbelakang yang berbeza, terutamanya yang hampir berputus asa untuk meneruskan hidup.Di sini, kita boleh mengetahui bahawa kita tak sendiri dalam kesusahan hidup, setiap orang mempunyai struggle masing-masing, cuma berbeza antara satu sama yang lain. Dan di akhirnya, semuanya akan baik-baik sahaja. Kita akan sampai ke akhir cerita dengan tenang dan menerima takdir, kerana takdir tak pernah mungkir. 

Dalam dunia serba moden dan mencabar ini, hidup kita mudah tertekan dan terbeban dengan pelbagai masalah. Dugaan yang datang melanda, adakalanya tidak tertanggung rasanya, baik dari segi fizikal, koma, mental, mahupun spiritual.
Fikiran buntu dan perasaan jadi tidak menentu. Pelbagai rasa, kecewa, marah, dendam, iri, sedih, pilu, putus asa dan sebagainya datang mengganggu. Apabila dugaan ini datang bertubi-tubi, semangat untuk terus hidup menjadi pudar dan hidup rasa kosong seperti hilang erti. Ketenangan dan ketenteraman mula menjauhi.Tanpa kita sedari, antidot bagi permasalahan ini semua sebenarnya sentiasa ada di depan mata. Itulah Al-Quran. Di dalamnya terkandung penawar yang mampu menenangkan hati dan mntenteramkan jiwa. Kita hanya perlu membaca, memahami dan mendalami isi kandungannya.Healing with Quran membawa pembaca mendekati ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan pelbagai masalah yang di hadapi pada masa kini. Terkandung juga panduan untuk kita bersahabat akrab dengan kalam Tuhan ini. Semoga ia menjadi pedoman dan panduan dalam segenap urusan kehidupan.

Selasa, 13 Februari 2024 10:24

Dear Broken Soul : Return Home To God

Written by

What’s beautiful about being broken is that you start to realise how much feelings you carry. You are introduced to the layers of emotions that you never knew were in you all along.” Life is a place for us to be tested this is something we know but going through a painful and heartbreaking experience can leave the heart feeling like it’s shattered into pieces. We succumb to the pain, drown ourselves in the whirlwind of emotions, and we end up becoming a person we no longer recognise because of our “brokenness”. But love and pain are emotions from God. So why does one bring us joy and the other makes us feel like we’re trapped in a dark hole? In Dear Broken Soul, Islamic educator, Liyana Musfirah, and licensed psychotherapist, Maimunah Mosli, explore what happens to us when we go through a heartbreaking experience and how we can revive the heart by seeking God through our brokenness. It also invites us to embrace one certain fact–our heart and its brokenness will always have a home to come back to–and that is with God.

Selasa, 13 Februari 2024 10:17

Hearts That Remember

Written by

This heart is tired. This heart is battered. But this heart is trying to survive.” Are these the things we whisper to our hearts, as we bravely go through our day-to-day life? The heart tries to beat courageously for us, but there are days when we feel defeated because it has gone through so much battle for us. Sometimes it runs to chase perfection and sometimes it struggles to overcome insecurities.At each turn where we feel like we’re grasping what we thought was perfect but somehow end up feeling dissatisfied and worn out. We become engulfed in the pains of dealing with our endless imperfections because we fail to see anything beautiful about us. In Hearts That Remember, author Sa’diyya Nesar tenderly leads the journey of exploring the meaning of beauty and it starts with our tired and battered hearts. This book invites us to create a space for the heart to rest and be happy by embracing our imperfections. Allah’s definition of beauty isn’t the same as the perfection we chase. He looks a tour hearts the one that is always in remembrance of Him. “Verily, with the remembrance of Allah (SWT) do hearts find rest.”(Qu’ran, Surah Ar-Ra’d : Aayah 28)

Selasa, 13 Februari 2024 10:05

PENGURUSAN HARTA MENURUT HUKUM ISLAM

Written by

Buku Pengurusan Harta Menurut Hukum Islam ini adalah sebuah perbincangan mengenai harta dan pengurusannya. Perbincangan ini amat penting khususnya dalam kerangka hukum Islam memandangkan kehidupan manusia tidak terpisah dengan harta. Objektif utama Syariah (maqasid Syariah) juga menyenaraikan harta sebagai antara lima elemen penting yang perlu diperlihara. Buku ini membincangkan perbahasan mengenai konsep harta dan kaedah pemilikan harta. Selanjutnya beberapa isu fiqh dan pengurusan kehartaan ditelusuri menurut kaca mata Syariah. Secara dasarnya, pengurusan harta tidaklah boleh dipandang ringan, kerana akibat pengabaian beberapa unsur, sesuatu transaksi atau urusan melibatkan harta boleh berubah hukumnya daripada harus kepada haram. Buku ini boleh dijadikan panduan pelbagai pihak terutama masyarakat awam dalam menguruskan aset dan harta milik masing-masing. Bahkan buku ini juga boleh dijadikan rujukan oleh ahli akademik, ahli perniagaan, pelajar dari pelbagai peringkat dan khususnya buat penyelidik-penyelidik dalam bidang fiqh kehartaan.

Isnin, 05 Februari 2024 16:08

Bawa Anak ke Syurga dengan Al-Quran

Written by

Setiap yang bergelar ibu bapa pasti memasang impian untuk membawa seluruh keluarga khususnya anak-anaknya menuju syurga. Ketika berasa indahnya nikmat dapat berkumpul bersama seisi keluarga di dunia, pastinya lebih indah jika dapat berkumpul semula di syurga buat selama-lamanya. Namun begitu, tanggungjawab mendidik anak pada zaman ini bukanlah tanggungjawab yang mudah. Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan perkembangan teknologi dan sosial di sekitarnya. Ibu bapa perlu lebih peka memantau perkembangan semasa anak-anak dan sekeliling mereka agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang merosakkan peribadi dan akhlak mereka.
Apa yang lebih merisaukan, pengaruh-pengaruh negatif ini sedikit demi sedikit menghakis pegangan akidah Islam dalam diri anak kita secara halus. Semakin hari, mereka semakin hanyut dibuai hiburan melampau dan pengaruh negatif yang menyebabkan mereka semakin jauh dengan akhlak-akhlak Islam yang terkandung dalam al-Quran. Bawa Anak Ke Syurga Dengan Al-Quran adalah naskhah yang sesuai dijadikan panduan buat ibu bapa yang berhasrat mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai Islam yang bersumberkan panduan wahyu al-Quran. Adunan beberapa contoh cabaran mendidik anak masa kini dan prinsip al-Quran yang dijahit kemas dalam penulisan buku ini menjadikan buku ini naskhah wajib yang perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa di luar sana.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup