Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Isnin, 05 Februari 2024 16:08

Bawa Anak ke Syurga dengan Al-Quran

Written by
Rate this item
(0 votes)

Setiap yang bergelar ibu bapa pasti memasang impian untuk membawa seluruh keluarga khususnya anak-anaknya menuju syurga. Ketika berasa indahnya nikmat dapat berkumpul bersama seisi keluarga di dunia, pastinya lebih indah jika dapat berkumpul semula di syurga buat selama-lamanya. Namun begitu, tanggungjawab mendidik anak pada zaman ini bukanlah tanggungjawab yang mudah. Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan perkembangan teknologi dan sosial di sekitarnya. Ibu bapa perlu lebih peka memantau perkembangan semasa anak-anak dan sekeliling mereka agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang merosakkan peribadi dan akhlak mereka.
Apa yang lebih merisaukan, pengaruh-pengaruh negatif ini sedikit demi sedikit menghakis pegangan akidah Islam dalam diri anak kita secara halus. Semakin hari, mereka semakin hanyut dibuai hiburan melampau dan pengaruh negatif yang menyebabkan mereka semakin jauh dengan akhlak-akhlak Islam yang terkandung dalam al-Quran. Bawa Anak Ke Syurga Dengan Al-Quran adalah naskhah yang sesuai dijadikan panduan buat ibu bapa yang berhasrat mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai Islam yang bersumberkan panduan wahyu al-Quran. Adunan beberapa contoh cabaran mendidik anak masa kini dan prinsip al-Quran yang dijahit kemas dalam penulisan buku ini menjadikan buku ini naskhah wajib yang perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa di luar sana.

Additional Info

  • Pengarang: Nazifatunnisa Salim
  • Penerbit: PTS PUBLISHING HOUSE SENDIRIAN BERHAD,
  • Tahun Terbit: 2023.
Read 150 times
Husna Hakimi

Unit Perolehan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup