Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Selasa, 13 Februari 2024 10:05

PENGURUSAN HARTA MENURUT HUKUM ISLAM

Written by
Rate this item
(0 votes)

Buku Pengurusan Harta Menurut Hukum Islam ini adalah sebuah perbincangan mengenai harta dan pengurusannya. Perbincangan ini amat penting khususnya dalam kerangka hukum Islam memandangkan kehidupan manusia tidak terpisah dengan harta. Objektif utama Syariah (maqasid Syariah) juga menyenaraikan harta sebagai antara lima elemen penting yang perlu diperlihara. Buku ini membincangkan perbahasan mengenai konsep harta dan kaedah pemilikan harta. Selanjutnya beberapa isu fiqh dan pengurusan kehartaan ditelusuri menurut kaca mata Syariah. Secara dasarnya, pengurusan harta tidaklah boleh dipandang ringan, kerana akibat pengabaian beberapa unsur, sesuatu transaksi atau urusan melibatkan harta boleh berubah hukumnya daripada harus kepada haram. Buku ini boleh dijadikan panduan pelbagai pihak terutama masyarakat awam dalam menguruskan aset dan harta milik masing-masing. Bahkan buku ini juga boleh dijadikan rujukan oleh ahli akademik, ahli perniagaan, pelajar dari pelbagai peringkat dan khususnya buat penyelidik-penyelidik dalam bidang fiqh kehartaan.

Additional Info

  • Pengarang: LUQMAN HAJI ABDULLAH
  • Penerbit: Penerbit Universiti Malaya,
  • Tahun Terbit: 2022
Read 148 times
Husna Hakimi

Unit Perolehan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup