Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Selasa, 20 Februari 2024 15:12

HEALING WITH QURAN : Rawatlah hati dengan kalam suci Tuhan

Written by
Rate this item
(0 votes)

Dalam dunia serba moden dan mencabar ini, hidup kita mudah tertekan dan terbeban dengan pelbagai masalah. Dugaan yang datang melanda, adakalanya tidak tertanggung rasanya, baik dari segi fizikal, koma, mental, mahupun spiritual.
Fikiran buntu dan perasaan jadi tidak menentu. Pelbagai rasa, kecewa, marah, dendam, iri, sedih, pilu, putus asa dan sebagainya datang mengganggu. Apabila dugaan ini datang bertubi-tubi, semangat untuk terus hidup menjadi pudar dan hidup rasa kosong seperti hilang erti. Ketenangan dan ketenteraman mula menjauhi.Tanpa kita sedari, antidot bagi permasalahan ini semua sebenarnya sentiasa ada di depan mata. Itulah Al-Quran. Di dalamnya terkandung penawar yang mampu menenangkan hati dan mntenteramkan jiwa. Kita hanya perlu membaca, memahami dan mendalami isi kandungannya.Healing with Quran membawa pembaca mendekati ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan pelbagai masalah yang di hadapi pada masa kini. Terkandung juga panduan untuk kita bersahabat akrab dengan kalam Tuhan ini. Semoga ia menjadi pedoman dan panduan dalam segenap urusan kehidupan.

Additional Info

  • Pengarang: Farhatul Fairuzah
  • Penerbit: WhiteCoat Group Sdn. Bhd.,
  • Tahun Terbit: 2023
Read 138 times
Husna Hakimi

Unit Perolehan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup