Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Rabu, 15 November 2023 10:25

Ringkasan Hukum-Hakam Berkaitan JENAZAH : TALKHIS AH KAM AL-JANA'IZ

Written by
Rate this item
(2 votes)

Buku ini dikarang oleh Shaykh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, tokoh hadis moden yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Pengarang berjaya menyusun kandungan buku ini dengan sangat kemas, bermula daripada bab kewajipan bagi orang sakit, kemudian bab mentalkinkan orang yang nazak, seterusnya bab perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang hadir setelah kematian si mati, dan pelbagai lagi. Pendek kata, buku ini disusun bermula daripada kondisi hampir meninggal dunia, sejurus selepas meninggal dunia, sehinggalah urusan pengebumian jenazah. Antara keistimewaan buku ini ialah, setiap hukum-hakam yang disebutkan disertakan dengan dalil. Melalui buku ini juga kita dapat melihat kefaqihan pengarang dalam berijtihad mengenai permasalahan jenazah dan perkara berkaitan. Di segmen akhir buku ini, pengarang menyajikan kepada kita pelbagai bentuk bidaah berkaitan jenazah, bermula daripada bidaah sebelum meinggal dunia, selepas meninggal dunia sehinggalah yang berkaitan dengan kubur, kesemua bidaah itu berjumpah 241.

Additional Info

  • Pengarang: SHAYKH MUHAMMAD NASIR AL-DIN AL-ALBANI
  • Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd
  • Tahun Terbit: 2022
Read 2612 times
Husna Hakimi

Unit Perolehan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup