Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Selasa, 21 November 2023 09:43

ENSIKLOPEDIA : SIRAH KEKASIHKU MUHAMMAD : BERMULA KELAHIRAN HINGGA KEWAFATAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

Al-Sirah di sini bermaksud perjalanan hidup seorang manusia yang sempurna dari segala aspek, iaitu Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, sirah Baginda SAW ini adalah untuk semua. Menerusi sirah Nabi SAW, seorang hakim akan mendapati contoh-contoh sempurna tentang keadilan, tawaduk, bagaimana melindungi hak dan harta manusia, mengembalikan keadilan kepada yang berhak serta meletakkan semua perkara pada tempatnya. Buku ini akan membawa pembaca mengenali keperibadian dan fasa-fasa kehidupan Nabi SAW sama ada sebelum atau selepas dilantik menjadi Rasul serta suka duka Baginda SAW dalam mengharungi tugas-tugas dakwah. Dapat mengenali para sahabat Baginda SAW yang merupakan manusia-manusia pilihan Allah SWT yang menemani Baginda SAW dan kesetiaan mereka serta dapat mengetahui sebab turunnya al-Quran atau asbab al-nuzul. Walaupun bukan semua ayat al-Quran mempunyai asbab al-nuzul, tetapi sekiranya ada ia akan menjadi lebih jelas tentang mengapa ayat tersebut turun, sekali gus memahami apa yang dimaksudkan oleh Allah SWT.

 

Additional Info

  • Pengarang: USTAZ DATUK DR. HJ. ZAHAZAN MOHAMED
  • Penerbit: TELAGA BIRU SDN.BHD.,
  • Tahun Terbit: 2022
Read 243 times
Husna Hakimi

Unit Perolehan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup