Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejenak di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Isnin, 06 November 2023 09:54

PENDIDIKAN PERKAHWINAN DAN FIQH ANAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

Perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia. Islam turut menggalakkan umatnya berkahwin kerana daripadanya terdapat banyak kebaikan dan kelebihan. Perasaan ingin berkeluarga dan memiliki keturunan yang baik menjadi asbab utama sesebuah perkahwinan tercipta. Tetapi, apakah saranan Islam bagi memiliki keluarga yang disyariatkan oleh Allah? Adakah kebahagiaan hanya lahir daripada perasaan cinta dan tanggungjawab semata-mata?. Buku Pendidikan Perkahwinan dan Fiqh Anak memfokuskan kepada beberapa topik yang menarik iaitu proses memilih pasangan hidup dan perkara asas yang perlu difahami selepas kelahiran anak, rumah tangga ideal serta hubungannya dengan pendidikan, Hukum-Hukum Am berkenaan anak yang baru lahir, Perasaan dan psikologi ibu bapa terhadap anak-anak dan Kaedah asas yang perlu ada ketika mendidik anak - anak.

Additional Info

  • Pengarang: DR. ABDULLAH NASIH ULWAN
  • Penerbit: PTS PUBLISHING HOUSE SENDIRIAN BERHAD,
  • Tahun Terbit: 2022.
Read 299 times
Husna Hakimi

Unit Perolehan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Kunjungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Hubungi Kami

Telefon: +604-976 4436
Faks: +604-976 0906
E-mel: perlislib@pnm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Sabtu: 09:00 - 18:00

Ahad dan Cuti Umum: Tutup