Accessibility Tools

PANTUN WARISAN INDERA KAYANGAN

Pantun Warisan Indera Kayangan

Suntingan: WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)


Pokok nangka pohon cempedak,

Pecah-pecah bunga senduduk;

Kecil jangan di sangka budak, 

Gajah tersungkur oleh pelanduk.

 

Simpang Empat sampai ke Bintong,

Jalan melintas Utan Aji;

Kalau dapat memanglah untung,

Kalau terlepas gigit jari.

 

Tebing Tinggi pangkalan ikan,

Anak Cina menjual telur;

Adik di sini rindu tak makan,

Abang di sana rindu tak tidur.

 

Tetak buluh dibuat pagar,

 Mari diikat dengan rotan;

Gunung runtuh bumi bergegar,

Gempa tidak kiamat pun bukan.

 

Cik Saad membeli pinang,

Pinang dibeli Kampung Sena;

Puan ingat saya kenang,

Baru boleh kawan lama.

 

Cik Siti anak Cik Hanafiah,

 Bangkit pagi menjahit kupiah;

 Laksana buah masak sebelah,

Hendak ku telan serba-salah.

 

Dari Gunung ke anak Bukit,

Singgah semalam di Bukit Pinang;

 Dahulu hati terasa sakit,

Sekarang hati merasa senang.

 

Dari jauh nampak kelabu,

Nampak ke Gunung Jerai;

Ini malam kita bertemu,

Besok hari kita bercerai.

 

Dari mana hendak ke mana,

Dari sawah turun ke padi;

Dudukjauh di mana-mana,

Budi tak lupa di dalam hati.

 

Dari Siam pergi ke Kelantan,

Dari Kelantan ke Negeri China;

Sesal dahulu jadi pendapatan,

Sesal kemudian tiada guna.

 

Dari teluk pergi ke pekan,

Singgah bermalam di Batu Lima;

Sekalian makhluk Tuhan jadikan,

Kaya miskin dipandang sama.

 

Datuk Kelana pergi menangguk,

Tersangkut tangguk di sauh kapal;

Saya umpama orang mengantuk,

Apatah lagi disorong bantal.

 

Gesek biola tali empat,

Putus satu tali kecapi;

Sudah cari merata tempat,

Baru dapat kehendak hati.

 

Jurumudi mana haluannya,

Barat daya angin kencang; 

Baik budi apa balasnya,

 Doa minta umur panjang.

 

Kain putih buat pemidang,

Kain dijahit lipat tepi; 

Sana kasih sini sayang, 

Mana tempat letak hati.

 

Buah berangan masak hijau,

 Masak sebiji di Tanah Rata;

Luka tangan kerana pisau, 

Luka hati kerana kata.

 

Buah limau tiga serungkul,

Masak sebiji disambar helang; 

Kalau mahu khabar betul, 

Tidak payah abang berulang.

 

Bunga Cina di dalam taman,

Sayang keduduk bercabang dua; 

Dunia ini pinjam-pinjaman, 

Nak tumpang duduk sehari dua.

 

Dari Wat ke Kampung Petai,

Singgah semalam di Kampung Abi;

Perkara yang buat jangan dikesal, 

Ikutlah untung apa nak jadi.

 

Pohon kelapa tumbuh di pantai,

Rumpun padi pangkal mempelam; 

Ilmu apa cik adik pakai,

Senyum pagi manis ke malam?

 

Pohon Kemboja dahan bercantum,

 Tempat Jentayu membuat sarang;

Semalam sahaja baru berkuntum, 

Sekarang layu bilakah kembang?

 

Burung merpati bertelur tunggal,

Menetas anak tu.run ke paya;

Ibu mati bapa pun meninggal,

Di manalah tempat kami nak bermanja.

 

Cik Ali belayar ke Bangka,

Tupai nandung makan padi; 

Siang malam tidak ku sangka, 

Sudah terkandung di dalam hati.

 

Dari Acheh belayar ke Kedah,

Beli kurau dengan senangin; 

Orang berkasih bukan mudah, 

Umpama wau mencari angin.

 

Dari Johor ke Majapahit,

Singgah semalam di Pulau Bentan;

Sudah masyhur nama yang baik, 

Barulah bertuah permintaan badan.

 

Kain putih koyak ditengah,

Pakaian anak naik ke hulu; 

Tengah kasih datang fitnah, 

Biar saya berundur dahulu.

 

Lang Buana mengait ciku,

Gugur sebiji ke Majapahit; 

Hilang warna menikam biru, 

Terkena sinar intan yang baik.

 

Merak hijau di cabang patah,

Anak puyu di dalam padi;

Lagi ku tinjau lagijauh, 

Berasa sayu di dalam hati.

 

Naik bukit meraut nibung,

Buat perangkap musangjebat; 

Penyakit lain boleh ditanggung, 

Penyakit rindu tak ada ubat.

 

Nasi kuning semangkuk sabun,

Mari jamu Raja China;

Putih kuning bunga di kebun,

Kembang sekuntum orang yang punya.

 

Batu Malim dua kerusi,

Boleh kita belayar kapal;

Kalau beli kain dua helai seragi,

Boleh kita bertukar pakai.

 

Bawa tombak bawa cermin,

Rendang lada simpul pulih; 

Tengok gambar dalam cermin, 

Sungguh ada nak ambil tak boleh.

 

Nasi kunyit gulai ayam,

Mari makan di Batu Melintang;

Topi senget jalan malam,

Jalan mencari sanggul melintang.

 

Orang Daik mudik ke hulu,

Patah galah hutan seberang; 

Hati yang baik siapa nak tahu, 

Tingkah laku dipandang orang.

 

Pohon sena cabangnya empat,

Mari tebang waktu pagi; 

Kalau kena dengan makrifat, 

Burung terbang menyerah diri.

 

Pohon senduduk pohon serai,

Pohon senduduk buat pedati; 

Dengar kokok berderai-derai, 

Melihat ekor bergelumang tahi.

 

Pohon temak akar pun temak,

Gugur di kuala bunga sekuntum; 

Diluah bapa ditelan emak, 

Sampai bila hendak dikulum.

 

Pohon teratai pohon telepat,

Pohon tebu di dalam padi; 

Sireh diunjuk pinang tak dapat, 

Rasa terbuku di dalam hati.

 

Pagi-pagi makan nasi lemak,

Mari makan sambil mengarut; 

Yang kena itu ternpat tak gamak,

Tempat yang bagus tak mahu diurut.

 

Patah galah di hujung tanjung,

Hendak belayar anginnya mati; 

Kucing bergalah tikus berdayung, 

Mengapa ikan menghempas diri?

 

Perahu sarat dimuat pinang,

Haluan menuju ke Kuala Daik; 

Orang jahat lagi dikenang, 

Inikan pula budi yang baik.

 

Nyiur muda jangan lebat,

Kalau lebat patah mayang; 

Orang muda jangan mengebat, 

Kalau ngebat ditinggal tunang.

 

Orang hulu memalu nobat,

Nobat dipalu kayu berangan; 

Fikir dahulu sebelum buat, 

Kalau dibuat menyesal jangan.

 

Padi basah di dalam paya,

Dibawa orang pergi ke kota; 

Apa nak susah kepada saya, 

Saya dah ada didepan mata.

 

Pergi seberang berangan-angan,

Membeli ikan ditimbang kati; 

Banyak orang melarangjangan, 

Saya seorang mengikut hati.

 

Dua belas gunung bertani,

 Tanam nenas di dalam kebun;

Tuan tak balaskah dagang kami,

Siang berpanas malam berembun.

 

Sakit sungguh Raja Kuripan,

Sehari-hari menebang jati; 

Mati ikan kerana umpan, 

Manusia mati kerana budi.

 

Sapu tangan tepi berkelirn,

Jahit baju benang berombak; 

Sireh pinang dapat dikirim,

Rindu dendam siapa nak bawak?

 

Serai Acheh di atas tambak,

Kerat daun tepi telaga;

Bercerai kasih tiada bertalak,

Sepuluh tahun balikjuga.

 

Tetak serentang bawa mudik,

Anak raja duduk di taman; 

Duduk bertenang adik-beradik,

Bagai bunga kembang setaman.

 

Tiup api embun berderai,

Patah galah haluan perahu;

Niat di hati tak hendak bercerai,

Kuasa Allah siapa tahu.

 

RUJUKAN:

I. Encik Mahmud Wahid

2. Encik Wan Khazim Wan Din

3. Encik Ahmad Saad

4. Encik Hanapi Osman

5. Puan Haton Abdullah

6. Kurik-Kurik Merah Saga

(Kumpulan Pantun Lisan Melayu, DBP, 1990).

 

SUMBER ARTIKEL:

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 15, 2003