RUMAH TRADISIONAL MELAYU PERLIS
Oleh: WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)
DALAM membicarakan rumah tradisional Melayu, barangkali masih dapat diingat atau tergambar dalam ingatan kita beberapa ciri bentuk rumah yang dibina oleh orang Melayu zaman dulu. Namun kini rumah-rumah sedemikian rupa telah diambil alih oleh rumah-rumah berbentuk moden dan canggih, tetapi kalau ditinjau di kawasan-kawasan pedalaman atau di kampung-kampung masih lagi boleh dilihat rumah-rumah yang dimaksudkan itu.
Rumah Bumbung Panjang
SALAH satu daripada ciri rumah yang dimaksudkan itu ialah' Rumah Bumbung Panjang'. Rata-rata rumah orang Melayu pada zaman lampau dibina daripada bahan-bahan yang mudah didapati di sekitar kampung mereka, yang diusahakan secara sendirian atau oleh tukang-tukang rumah yang mahir dalam bidang masing-masing.
Oleh kerana pada ketika itu tidak ada kemudahan alat-alat kejenteraan seperti sekarang bagi membelah batang-batang balak sebesar pemeluk, maka kebanyakannya diusahakan dengan tulang empat kerat sahaja bagi mendapatkan bahan-bahan untuk menyempurnakan sebuah rumah yang dihajatkan.
1. Rumah lbu
RUMAH ibu biasanya didirikan sebanyak empat ruang berukuran 6 kaki atau 8 kaki tiap-tiap ruang. Ruang tengahnya selebar antara 12 kaki hingga 15 kaki. Tiangnya ada yang berbentuk segi empat dan berbentuk bulat. Berukuran 4" x 4" atau 5" x 5".
Ada juga rumah dapur dibangunkan berasingan di sisi rumah dapur yang asal agar rumah tersebut menjadi lebih luas atau mungkin untuk melindungi daripada pandangan tetamu yang berkunjung ke rumah mereka. Biasanya rumah dapur yang kedua ini selebar dua ruang dibangunkan pada ruang kedua terakhir rumah dapur pertama. Pada hujung atap yang hampir bersambung itu dipasang pancur (pancuran).
Kebanyakan tiang ditanam ke dalam tanah sedalam lebih kurang 3 kaki (mungkin untuk mencegah dipukul ribut). Biasanya tiang diperbuat daripada kayu teres yang tidak dimakan anai anai. Namun demikian ada juga yang menggunakan pelapik daripada batang-batang kayu atau batang kelapa yang dipotong mengikut kesesuaian tinggi yang dikehendaki (kerana tidak ada pelapik daripada batu bata seperti sekarang). Kecuali waktu terakhir ini digunakan pelapik tiang daripada batu bata yang mula diperkenalkan.
Kebiasaannya pada ruang pertama rumah ibu dibina sebuah bilik tidur yang diperuntukkan khas kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin kerana keadaannya lebih besar dan selesa.

Sebuah rumah bumbung panjang di Alor Sena, Perlis
2. Rumah Dapur
RUMAH dapur dibangunkan antara dua atau tiga ruang yang berukuran sama dan selari dengan rumah ibu. Tetapi agak lebih rendah sedikit (bertingkat) dari rumah ibu yang disempadankan oleh bendul antara keduanya. Untuk pergi ke ruang dapur pengguna perlu turun sedikit dari tingkat rumah ibu.
Ada juga rumah dapur dibangunkan berasingan di sisi rumah dapur yang asal agar rumah tersebut menjadi lebih luas atau mungkin untuk melindungi daripada pandangan tetamu yang berkunjung ke rumah mereka. Biasanya rumah dapur yang kedua ini selebar dua ruang dibangunkan pada ruang kedua terakhir rumah dapur pertama. Pada hujung atap yang hampir bersambung itu dipasang pancur (pancuran). Peringkat awal, pancuran ini dibuat daripada upih daun pinang yang disambung-sambungkan. Setelah zink menjadi salah satu bahan keperluan, maka zink digunakan sebagai pancuran untuk membuang curahan air pada musim hujan.
3. Serambi
PADA kiri kanan rumah ibu dan juga rumah dapur pertama dibangunkan pula satu ruang serambi yang selari dari ruang pertama hingga ke ruang terakhir. Atap serambi dipasang selari dengan kaki atap rumah ibu/rumah dapur pertama menjadikan atap serambi hampir mencecah kepala penghuni dewasa. Pada tiaptiap ruang serambi inilah dibuat tingkap-tingkap kecil. Pada ruang serambilah juga dibina bilik-bilik tidur mengikut keperluan keluarga berkenaan.
Oleh kerana bentuk rumah demikian rupa, suasana dalam rumah agak gelap kerana kurang mendapat cahaya. Supaya nampak lebih terang, ada juga diselitkan sekeping cermin jernih pada atap (yang dipotong mengikut saiz cermin berkenaan) rumah itu.
4. Lepau
LEPAU ialah bangunan tambahan yang dibina pada kepala (hujung) rumah ibu. Ia didirikan satu ruang selebar antara 8 kaki ke 10 kaki. Keadaannya lebih sedikit dari rumah ibu. Bentuk bumbung lepau mengikut lebar rumah ibu menghala ke luar. Biasanya lepau hanya diberi berdinding separas bahu ketika duduk. Gunanya ialah sebagai balai untuk berbual-bual, berehat dan juga tempat hidangan dan persembahan permainan tradisional ketika diadakan majlis kenduri.
Untuk keluar ke lepau perlu melalui pintu besar yang dibina pada serambi (sebelah kiri atau kanan) rumah ibu.
Oleh kerana bangunan rumah ibu dibangunkan agak jauh sedikit dengan rumah dapur, ia terpaksa disambungkan oleh satu ruang jalan, tetapi bentuknya seperti rumah juga. Ada lantai, bumbung dan dinding. Biasanya rumah berbentuk demikian ialah bagi rumah rumah yang mempunyai keluarga yang ramai.
5. Gajah Menyusu
GAJAH menyusu ialah ruang Ualan) bersambung antara rumah ibu dengan rumah dapur yang didirikan berasingan. Oleh kerana bangunan rumah ibu dibangunkan agak jauh sedikit dengan rumah dapur, ia terpaksa disambungkan oleh satu ruang jalan, tetapi bentuknya seperti rumah juga. Ada lantai, bumbung dan dinding. Biasanya rumah berbentuk demikian ialah bagi rumah-rumah yang mempunyai keluarga yang ramai.
6. Atap
KEBANYAKAN rumah orang Melayu zaman dulu menggunakan atap daun rumbia (pokok sagu) dan daun nipah disemat (anyam) begitu rupa. Manakala perabungnya (penutup bum bung) juga digunakan daripada daun yang sama (sebelum zink diperkenalkan). Cara sematan (anyaman) atap perabung ini berbeza sedikit daripada cara menyemat (menganyam) atap biasa. Digunakan dua bilah buluh (pengkawan) bagi menyediakan sekeping perabung.
Kedua-dua bilah buluh itu menjadi tulang kepada perabung tersebut. Kepingan perabung ini akan ditangkup bersambung-sambung ke atas bumbung hingga cukup bagi menutup lubang yang ternganga di situ. Supaya tidak mudah dibawa angin/ribut, perabung ini akan dicucuk dengan bilah (buluh atau batang pinang yang diraut tajam sebelah - digunakan sebagai paku). Ada juga kepercayaan orang tua-tua penyucuk perabung ini amat berguna sebagai salah satu bahan ubat ubatan cara tradisional.
7. Dinding
DALAM peringkat awal dinding rumah bumbung panjang ini kebanyakannya dibuat daripada buluh yang dianyam dengan berbagai corak dan kelarai. Selain buluh, ada juga digunakan kulit pelepah rumbia (pokok sagu) yang dianyam seperti menganyam kelarai buluh juga. Tetapi kulit pelepah rumbia tidak kuat. Ia sesuai untuk dinding bilik dalam rumah.
8. Pelantar/Rumah Tangga
SEPERTI juga rumah-rumah yang lain, pelantar atau rumah tangga turut juga dibina. Bagi rumah bumbung panjang biasanya rumah tangga atau pelantar dibina pada dua atau tiga tempat. Iaitu di bahagian lepau, di ruang kedua dapur dan pada rumah dapur yang didirikan berasingan seperti yang tersebut di atas. Rumah tangga atau pelantar ini ada yang berbumbung dan ada juga yang tidak berbumbung. Biasanya tidak juga berdinding. Setengahnya ada juga dibuat dinding separas pinggang dan diletakkan bangku sebagai tempat berehat atau berbual bual.
9. Letak Tapak
RUMAH bumbung panjang dibangunkan di atas tapak yang memanjang dari utara ke selatan. Jarang kedapatan memanjang dari timur ke barat. Tujuannya ialah bagi mendapatkan seberapa banyak pancaran cahaya matahari sama ada waktu pagi atau petang, oleh kerana rumah jenis ini kurang mendapat cahaya matahari. Sering gelap oleh kerana bahagian serambinya rendah serta kurang tingkap bagi memudahkan pancaran cahaya matahari masuk dari luar.
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 6,1994
