PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI PERLIS SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA: Satu Tinjauan Umum
Oleh : HUSSAINI ABBAS
PENDIDIKAN di Negeri Perlis telah mengikuti arus perkembangan yang sama dengan negeri negeri lain di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua walaupun pertumbuhan sekolah-sekolah, terutamanya Sekolah-sekolah Inggeris dan Tamil, tidak begitu pesat Dengan keadaan masyarakat yang berbilang kaum dan dengan dasar “pecah dan perintah”, penjajah British telah mewujudkan empat sistem persekolahan yang berlainan bagi masyarakat di Tanah Melayu. Sistem Persekolahan tersebut ialah Sekolah Inggeris, Sekolah Vernacular Melayu, Sekolah Vernacular Cina dan Sekolah Vernacular India.
Sekolah-sekolah tersebut telah dibiarkan berkembang berdasarkan inisiatif kaum-kaum yang tinggal di Tanah Melayu dengan falsafah, matlamat dan kurikulum yang berbeza.
Sejarah pendidikan Melayu bermula dari sistem pendidikan pondok atau kelas-kelas agama. Sistem pendidikan ini tidak memberi peluang kepada pelajar-pelajar Melayu menguasai tiga kemahiran asas (menulis, mengira dan membaca) jauh sekali dari melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan bila meningkat dewasa. Kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 5 dan 6 tahun telah dihantar oleh ibu bapa mereka kepada guru-guru agama untuk mempelajari al-Quran dan membaca doa di surau, pondok atau di rumah guru agama itu sendiri. Waktu pelajaran dijalankan ialah selepas sembahyang subuh, sembahyang zuhur dan sembahyang maghrib. Pada waktu-waktu lain pelajar berkenaan akan menolong guru mereka menjalankan kerja-kerja rumah, di sawah atau di kebun.
Kewujudan sekolah-sekolah Melayu kemudiannya adalah hasil dari kesedaran beberapa individu tertentu seperti Ketua Kampung, Penghulu dan tiokoh-tokoh penting dalam masyarakat tentang betapa pentingnya anak-anak mereka diberi pendidikan duniawi di samping pendidikan rohani bagi menjamin masa depan yang cerah. Dengan inisiatif mereka sekolah-sekolah kayu yang berdindingkan buluh serta beratapkan rumbia telah dapat didirikan oleh masyarakat setempat secara gotong royong. Sekolah Melayu yang pertama berjaya didirikan ialah Sekolah Melayu Arau. Encik Yub bin Haji Idris telah menjadi Guru Besarnya yang pertama. Bilangan murid-murid sekolah tersebut ketika itu hanya cukup untuk membuka sebuah kelas. Sekolah Melayu Arau telah dibangunkan pada tahun 1888 dan pada bulan Jun 1970 telah ditukar nama kepada Sekolah Tengku Budriah. Sejak tahun 1888 hingga tercetusnya Perang Dunia Kedua, sebanyak 23 buah sekolah rendah Melayu telah dibina di Negeri Perlis.

Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, dulunya dikenali sebagai
Sekolah Melayu Arau yang dibangunkan pada tahun 1888.
Pada tahun1898 sebuah lagi sekolah Melayu dibina di Kangar. Sekolah tersebut pada ketika itu dikenali sebagai Sekolah Laki-laki Kangar, dan bangunan asalnya terletak di kawasan Jabatan Pendidikan Perlis sekarang. Pengasas Sekolah Laki-laki Kangar ialah Haji Kassim Haji Ali dan Haji Salleh Hassan. Sekolah tersebut kemudiannya telah bertukar tempat dan nama di mana sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad.
MENANGKAP
Sekolah yang ketiga didirikan di Negeri Perlis ialah Sekolah Melayu Kuala Perlis. Ia diwujudkan pada tahun 1903 di sebuah bangsal tempat menyimpan ikan dan kelengkapan menangkap ikan. Pada tahun 1912 sekolah tersebut telah mendapat bangunan yang lebih sempurna. Pengasas sekolah ini ialah seorang tokoh tempatan bernama Encik Omar Haji Megat dan beliau dibantu oleh Encik Saad Sulong, pendidik.
Diperturunkan di bawah ini sekolah-sekolah rendah Melayu yang didirikan Sebelum Perang Dunia Kedua:
1) Sekolah Melayu Arau - 1888
2) Sekolah Laki-laki Kangar - 1898
3) Sekolah Melayu Kuala Perlis - 1903
4) Sekolah Melayu Sanglang - 1906
5) Sekolah Melayu Cuping - 1912
6) Sekolah Melayu Utan Aji - 1912
7) Sekolah Melayu Abi - 1914
8) Sekolah Melayu Oran - 1916
9) Sekolah Melayu Simpang Empat- 1916
10)Sekolah Melayu Jejawi - 1917
11) Sekolah Melayu Kayang - 1917
12) Sekolah Melayu Raya - 1918
13) Sekolah Melayu Kampung Salang - 1918
14) Sekolah Melayu Bintong - 1920
15) Sekolah Melayu Sungai Berembang - 1922
16) Sekolah Melayu Beseri - 1923
17) Sekolah Melayu Jelempok - 1925
18) Sekolah Melayu Perempuan Kangar- 1925
19) Sekolah Melayu Santan - 1927
20) Sekolah Melayu Padang
Besar Selatan - 1929
21) Sekolah Melayu Padang Melangit - 1936
22) Sekolah Melayu Kurung Batang - 1938
23) Sekolah Melayu Sungai Padang - 1939
Selepas tahun 1909 Perlis telah dinaungi oleh penjajah British. Perkembangan pendidikan tidak juga menampakkan kemajuan walaupun mata pelajaran sekular seperti Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam dan sebagainya diajar di sekolah-sekolah Melayu. Penjajah British tidak berhasrat untuk melahirkan cerdik pandai Melayu melalui sistem pendidikan yang diperkenalkan.
Pada peringkat awal penubuhan sekolah-sekolah Melayu mengamalkan kurikulum yang berlandaskan keagamaan dan kerohanian. Tenaga pengajarnya tidak mendapat latihan yang sempurna. Faktor umur juga tidak diberi keutamaan dalam menentukan kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah-sekolah. Semasa Negeri Perlis di bawah naungan Siam perkembangan pendidikan tidak jauh berbeza dengan zaman sebelumnya. Kerajaan Siam tidak memberi perhatian ataupun bantuan dengan berhubung dengan pendidikan. Penubuhan sekolah-sekolah bergantung kepada usaha masyarakat tempatan. Bentuk kurikulumnya adalah sama seperti zaman sebelumnya.

Bangunan Asal Sekolah Khoon Aik Kangar yang diwujudkan dalam tahun 1928.
Selepas tahun 1909 Perlis telah dinaungi oleh penjajah British. Perkembangan pendidikan tidak juga menampakkan kemajuan walaupun mata pelajaran sekular seperti Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam dan sebagainya diajar di sekolah-sekolah Melayu. Penjajah British tidak berhasrat untuk melahirkan cerdik pandai Melayu melalui sistem pendidikanyang diperkenalkan.Mereka cuma ingin memberi pendidikan umum atau sekadar untuk melepaskan batuk di tangga. Seorang pentadbir British pernah berkata:
"The aim of the government is not to turn out a few well educated youth, nor a number of less welleducated boys: rather it is to improve the bulk of the people, and to make the son of the fisherman or peasant a more intelligent fisherman or peasant than hisfatherhadbeen, anda man whoseeducation will enable him to undeystand how his lot in life fits in with the life around him"
Peluang bagi anak-anak Melayu untuk mendapat pendidikan menengah (aliran Inggeris) boleh dikatakan tidak ada kecuali mereka yang datang dari keluarga bangsawan, mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Kuala Kangsar yang didirikan khas untuk melatih pentadbir-pentadbir Melayu. Bagi orang-orang yang mampu dan berada mereka berpeluang menghantar anak-anak mereka ke Sultan Abdul Hamid College di Alor Setar ataupun ke Penang Free School Pulau Pinang. Bagi anak-anak Melayu yang tidak mampu tetapi menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran, mereka akan dipilih untuk mendapat latihan perguruan di Sultan Idris Training Ccllege,Tanjung Malim. Mereka ini akan berpeluang menjadi guru di sekolah-sekolah rendah melayu apabila tamat latihan di Maktab tersebut. Lantaran itu kebanyakan anak Melayu hanya berpeluang mendapatkan pekerjaan seperti peon, kerani rendah, jaga, askar, pemandu ataupun mewarisi pekerjaan tradisi ibu bapa mereka.
PERGURUAN
Sebelum Perang Dunia Kedua sekolah rendah yang berbahasa pengantar bahasa Inggeris tidak wujud. Pelajar-pelajar di Negeri Perlis hanya berpeluang mendapat pendidikan (aliran Inggeris) bila Derma English School dibangunkan pada tahun 1948. Perkembangan pendidikanTamil juga menghadapi masalah di mana sehingga ke hari ini cuma terdapat sebuah sahaja Sekolah Tamil di Negeri Perlis. Ketika ia ditubuhkan pada tahun 1939 cuma terdapat 20 orang pelajar.Guru Besarnya yang pertama ialah Encik Saguram M air. Sekolah tersebut didirikan di kawasan Kangar. Masyarakat India lebih berminat untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah ke sekolah rendah Melayu atau Inggeris dan masalah kekurangan pelajar berlarutan hingga ke hari ini.
Dari mata pelajaran - mata pelajaran yang diajar itu dapat dirumuskan bahawa pendidikan Cina memberi kepentingan kepada tiga aspek penting bagi masyarakat Cina iaitu latar belakang sejarah negeri China, kebudayaan dan disiplin yang diwarisi serta asas perniagaan.
Berbeza dengan Sekolah Inggeris ataupun Tamil, Sekolah Cina berkembang dengan agak pesat. Sekolah-sekolah Cina telah didirikan di merata tempat di Negeri Perlis di mana terdapat komuniti Cina. Kewujudan sekolah Cina adalah dari kesedaran agar mereka dapat mewarisi budaya dan pekerjaan ibu bapa mereka. Sekolah Cina yang pertama didirikan ialah Sekolah Kong Hoe dan Sekolah Hwa Keow. Sekolah-sekolah tersebut dibangunkan di kawasan kaki bukit di mana terdapat penempatan orang Cina yang kebanyakan daripada mereka bekerja di lombong bijih Kaki Bukit.
Kedua-dua buah sekolah tersebut telah dicantumkan menjadi sebuah sekolah sahaja pada tahun1921 dan diberi nama sekolah Kong Hwa. Sekolah-sekolah Cina yang didirikan sebelum Perang dunia kedua ialah:
1) Sekolah Kong Hwa Kaki Bukit - 1921
2) Sekolah Khoon Aik Kangar - 1922
3) Sekolah Khay Beng Kuala Perlis -1923
4) Sekolah Choon Siew Kuala Perlis - 1924
5) Sekolah Hwa Aik Arau - 1928
Pembinaan sekolah-sekolah Cina dapat disempurnakan hasil dari kutipan derma dan sumbangan dari peniaga dan tauke Cina setempat. Terdapat juga peniaga-peniaga yang memberi sumbangan tetap tiap-tiap bulan bagi melengkapkan pembangunan sekolah. Di samping itu kutipan derma dan majlis makan juga diadakan oleh pihak sekolah bagi menampung perbelanjaan memperbaiki ataupun menambah bangunan sekolah.
Sebelum Perang Dunia Kedua kerajaan penjajah Inggeris tidak memberi sumbangan kewangan bagi pembangunan sekolah mahupun perbelanjaan pengurusan pentadbiran sekolah. Tapak pembinaan sekolah-sekolah Cina biasanya disumbangkan oleh tauke-tauke Cina yang kaya. Misalnya tapak pembinaan Sekolah Hwa Aik Arau dan Sekolah Choon Siew Kuala Perlis disumbangkan oleh Hock Bee Rice Mill Arau manakala tapak sekolah Cina di Padang Besar Utara di mana tarikh penubuhannya tidak dapat dipastikan telah dihadiahkan oleh D.Y.M.M. Tuanku Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis. Cara yang lain yang biasanya dilakukan bagi mendapatkan tapak bangunan sekolah ialah dengan membuat kutipan derma dari orang ramai.
Kurikulum dan sukatan pelajaran yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah Cinapada ketika itu datang dari Negeri China dan disusun serta diterbitkan oleh Badan Penerbit Shanghai Negeri China. Buku-buku teks juga diimport dari negeri China dan sekiranya ada yang ditulis oleh pengarang tempatan, bahan penulisannya adalah berorientasikan Negeri China, Ilmu Hisab, Tatarakyat San Min Chu Yi, Ilmu Kesihatan, Lukisan, Senaman, Nyanyian dan Tarian serta Abacus.
Dari mata pelajaran - mata pelajaran yang diajar itu dapat dirumuskan bahawa pendidikan Cina memberi kepentingan kepada tiga aspek penting bagi masyarakat Cina iaitu latar belakang sejarah negeri China, kebudayaan dan disiplin yang diwarisi serta asas perniagaan. Hanya sebuah sekolah Cina di Negeri Perlis iaitu Sekolah Kong Hwa Kaki Bukit yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Tindakan ini diambil atas kesedaran kepentingan hubungan dengan orang-orang Melayu.
Apa yang jelas, sebelum Perang Dunia Kedua, penubuhan sekolah-sekolah di Negeri Perlis tidak memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan Inggeris. Kebanyakan sekolah diuruskan pembangunannya oleh masyarakat tempatan yang sedar tentang kepentingan pendidikan. Kurikulum dan mata pelajaran yang diajar juga 6dak diberi perhatian oleh pihak pemerintah. Sekolah-sekolah telah dibiarkan berkembang mengikut kehendak dan kepentingan masyarakat atau kaum tanpa diberi pengawasan yang sepatutnya.
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 4, 1992
