PERUSAHAAN BUYUNG KECUR DI KAMPUNG KECHOR PERLIS
Oleh : OSMAN SENAWI
BUYUNG merupakan peralatan yang penting masa dahulu bagi masyarakat Melayu. Mereka menggunakan buyung di dalam menjalani kehidupan seharian. Buyung digunakan untuk memasak, mengambil air dan juga sebagai peralatan untuk menghidangkan makanan dan minuman.
Di Perlis terdapat satu tempat yang menjadikan tumpuan utama perusahaan membuat buyung iaitu terletak di Kampung Kechor. Buyung yang dihasilkan di sini dikenali dengan nama "Buyung Kecur" iaitu mengambil sempena nama kampung ini. Sejarah membuat buyung kecur ini bermula dalam tahun 1820 apabila Tok E. Chu dari Setol Selatan Thailand datang menetap di Kampung Kechor. Beliau ditemani oleh isterinya yang dipanggil Tok Tinggi. Tok E. Chu dan Tok Tinggi mempunyai kepakaran membuat buyung dalam berbagai bentuk. Setelah menetap di sini mereka pun mulalah mengusahakan perusahaan membuat buyung. Penggunaan Buyung Kecurini telah meluas dengan adanya perusahaan membuat buyung yang dijalankan oleh Tok E dan isterinya. Buyung Kecur buatan mereka lebih cantik dan menarik jika dibandingkan dengan buyung-buyung yang dikeluarkan dari tempat lain.
"BUYUNG KECUR " iaitu me gambil tahun 1820 apabila Tok E. Chu dari Setol Selatan Thailand datang menetap di kampung Kechor. Beliau ditemani oleh isterinya yang dipanggil Tok Tingqi. Tok E. Chu dan Tok Tinggi mempunyai kepakaran membuat buyung dalam berbagai bentuk. Setelah menetap di sini mereka pun mulalah mengusahakan perusahaan membuat buyung.

Periuk Kecur.
Hasil perkahwinan Tok E. Chu dan Tok Tinggi menghasilkan seorang anak lelaki yang di panggil Tok E. Long. Tok E Long kemudiannya berkahwin dengan Tok Timah anak jati Kampung Kechor. Selepas perkahwinan Tok E. Long dan Tok Timah mereka pun meneruskan perusahaan membuat buyung kecur. Lanjutan dari perkahwinan ini kaum keluarga Tok Timah juga mula menjalankan perusahaan buyung secara kecil-kecilan. Mereka menerima tunjuk ajar daripada Tok E. Long dan Tok Timah. Tok E. Long tidak kedekut dengan ilmu yang ada padanya. Beliau juga mengajar penduduk Kampung Kechor yang ingin belajar membuat buyung periuk ini. Tidak lama kemudian Kampung Kechor terkenal sebagai tempat mengeluarkan buyung periuk di Perlis.
Perusahaan membuat buyung ini telah berjalan dengan pesat sekali. Penduduk-penduduk Kampung Kechor telah menjalankan perusahaan ini secara sambilan di samping bersawah padi. Pada tahun 1940 perusahaan ini terhenti seketika disebabkan oleh serangan Jepun. Apabila keadaan telah kembali reda perusahaan ini disambung kembali. Dalam masa pemerintahan Jepun perusahaan membuat buyung masih dijalankan lagi.

Periuk Pengukus.

Buyung Kecur Kecil dan Anak Gedum.
Perusahaan ini akhirnya sampai ke zaman kegelapannya apabila tamat Perang Dunia Kedua. Penggunaan buyung periuk tidak begitu penting lagi. Penggunaannya merosot disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah penggunaan buyung diatasi dengan penggunaan alat-alat yang lebih moden. Penduduk kampung lebih suka menggunakan periuk aluminium yang senang didapati dan harganya lebih murah. Harga untuk membuat buyung terlalu tinggi dan sukar mendapatkan tanah Hat yang sesuai. Perusahaan buyung juga tidak mendapat galakan atau perhatian dari pihak-pihak tertentu pada masa itu. Pemerintahan British lebih suka rakyat negeri ini menggunakan bahan-bahan keluaran mereka. Generasi baru juga tidak lagi mahu mengusahakan pengeluaran buyung kerana keuntungannya amat sedikit. Mereka lebih suka bekerja di bandar-bandar. Akhirnya perusahaan ini lenyap sama sekali.
Perusahaan Buyung Kecur cuma tinggal dalam lipatan sejarah.
Bahan-bahan
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat buyung ini ialah:
i) Tanah liat yang putih dan bermutu tinggi
ii) Pasir sungai yang halus. Pasir ini hendaklah diayak.
Peralatan
Peralatan yang digunakan untuk membuat Buyung Kecur ialah:
i) Penggali - digunakan untuk menggali tanah liat
ii) Penemuan
iii) Alat Penempa
iv) Anak Gedum
Jenis-jenis buyung
Perusahaan Buyung Kecur telah menghasilkan beberapa jenis buyung.
Antaranya ialah:
i) Buyung
ii) Buyung Kepit
iii) Periuk
iv) Geluk
v) Periuk pengukas
vi) Belanga
vii) Cengkeran
Walaupun perusahaan ini sudah tiada lagi tetapi Kampung Kechor hendaklah di ingati sebagai tempat yang menghasilkan buyung yang terkenal satu masa dahulu di Perlis. Seboleh-bolehnya usaha hendaklah dijalankan oleh pihak tertentu bagi menghidupkan kembali kegemilangan Buyung Kecur ini walaupun tidak sebagai peralatan dapur tetapi sebagai satu kraf tangan untuk pelancong yang datang ke negeri Perlis.
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 4, 1992
