Accessibility Tools

ALAT-ALAT MENANGKAP IKAN AIR TAWAR (BAHAGIAN 3)

ALAT-ALAT MENANGKAP IKAN AIR TAWAR (BAHAGIAN 3)

Nukilan : WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)

TERDAPAT beberapa jenis lagi alat menangkap ikan air tawar yang pernah digunakan oleh penduduk di negeri ini pada masa dahulu. Malah hingga pada masa ini pun alat-alat tersebut masih digunakan oleh mereka apabila tiba musim ikan air tawar membiak. Di antara alat-alat tersebut terdapat beberapa jenis alat yang termasuk dalam kumpulan lukah (alat untuk menangkap ikan/udang yang membolehkan ikan/ udang masuk tetapi tidak boleh keluar. * Kamus Dewan)

Antaranya ialah:

 

BEREYANG

 

Bereyang ialah sejenis lukah untuk memerangkap udang air tawar yang ditahan (diletakkan) di gelung-gelung (jalan air) permatang (batas) sawah ketika air membanjiri (banyak) sawah.

Bahan dan Cara Membuat Bereyang

Untuk menyiapkan sebuah bereyang diperlukan

  1. Kulit pelepah rumbia (pokok sagu)
  2. Akar penjalin
  3. Akar atau rotan penyengkang

Kulit pelepah rumbia diraut nipis dan licin (bersih) selebar lebih kurang 1/2 inci setiap satu. Jumlah bilah pelepah rumbia ini tidak tentu, iaitu mengikut saiz yang hendak dibuat. Jika saiz kecil tidaklah banyak bilah diperlukan. Kalau besar, maka banyaklah bilah yang diperlukan. Anggarannya antara 38-60 bilah.

Bilah tersebut dibentuk lebih lebar sedikit di bahagian   pangkal untuk mulutnya, dan semakin tirus sedikit di bahagian hujungnya. Panjang bilah tersebut antara 3 - 4 kaki. Menyediakan    sebuah    bereyang    hendaklah    dimulakan    jalinannya    dari    hujung (buntut). Segelung penyengkang bergaris pusat antara 4-6 inci yang diperbuat dari akar atau rotan sebesar jari kelingking orang dewasa, diletakkan di sebelah dalam bilah bereyang sejarak lebih kurang 6 inci dari  hujung (buntut) bilah bereyang. Bilah bereyang akan diikat kuat pada sekeliling gelung tersebut sejarak kurang dari 2 mm supaya udang terperangkap di dalamnya.

Setelah diikat, barulah dimulakan jalinannya dengan akar yang telah disediakan. Jalinan ini dimulakan dengan akar   yang kecil dari gelung penyengkang, dan beransur kasar sedikit demi sedikit hinggalah sampai ke mulut bereyang. Tujuannya supaya bereyang tersebut makin terbuka melebar.

Untuk menjadikan mulut bereyang terbuka lebih lebar (ternganga), ianya dijalin dengan akar yang lebih besar dan kuat. Manakala di hujung (buntut) bereyang, semua bilah yang terjalin akan diikat kuat supaya udang yang terperangkap tidak dapat keluar.

Cara menggunakannya

Bereyang akan diletakkan pada mulut gelung yang ternganga agar udang yang terdapat di dalam sawah itu akan masuk ke dalam bereyang terutama ketika ia hanyut melalui gelung yang terpokah. Udang-udang yang hanyut itu akan terperangkap di dalam bereyang tersebut. Pada sekeliling mulut bereyang itu diletakkan rumput-rumpai sebagai penutup saluran air di sebelah luar (keliling) mulut bereyang itu supaya air yang menghanyutkan udang-udang itu semuanya masuk melalui mulut bereyang dan udang itu terperangkap di dalamnya. Oleh kerana   air yang melalui gelung itu laju, udang-udang yang terperangkap di dalam bereyang tidak dapat keluar semula. Untuk mengelakkan bereyang daripada dihanyutkan oleh air, bereyang tersebut   akan   disangkut   pada kayu kecil yang ditikamkan ke dalam tanah di kiri kanan bereyang tersebut.

Banyaknya bereyang bagi seseorang penangkap udang bergantung kepada kesanggupan dan pilihan masing-masing. Kebiasaannya antara 4-6 buah bereyang disediakan. Bereyang akan diletakkan pada gelung-gelung yang terpokah itu pada waktu senja, kerana kebiasaannya udang akan keluar mencari makanan pada waktu malam; manakala pada waktu pagi, sebelum matahari terbit bereyang-bereyang tersebut akan dipungut semula. Udang-udang yang terperangkap di dalam bereyang itu akan dibawa pulang. Kalau perolehannya lumayan, udang-udang tersebut akan dijual.

Udang air tawar boleh dibuat `pekasam', atau dicampur dalam sayur-sayuran malah boleh juga direbus, atau dimasukkan sedikit garam kemudian dijadikan sebahagian dari resepi sambal atau air asam. Rasanya pasti amat menyelerakan.

 

TUAR

Ialah sejenis lukah untuk memerangkap ikan air tawar. Biasanya ikan haruan atau ikan keli yang menjadi mangsa terperangkap ke dalam ‘tuar’ ini. Ikan-ikan kecil tidak mudah terperangkap kerana lubang jalinan bilah (dinding) ‘tuar’ ini agak besar (lebar sedikit) dari lubang jalinan bereyang walaupun bentuknya hampir sama seperti bereyang.

Penggunaan `tuar' juga sama seperti cara penggunaan bereyang, iaitu ditahan (diletakan) di gelung permatang (batas) sawah pada musim banjir. Ikan haruan atau ikan keli akan terperangkap di dalam ‘tuar’ dan tidak dapat bergerak apabila kepala dan badannya tersendat di bahagian hujung (buntut) ‘tuar’ yang sempit itu.

 

TUAR
 

Bahan dan Cara Membuat "Tuar"

Bagi menyediakan sebuah ‘tuar’ diperlukan:

  1. Bilah buluh
  2. Akar penjalin
  3. Akar atau rotan penyengkang

Bilah buluh diraut licin sebesar bilah lidi   atau lebih kasar sedikit.   Panjangnya lebih kurang sama panjang seperti menjalin bereyang juga. Membentuk ‘tuar’ juga lebih kurang sama seperti menjalin bereyang, cuma jarak antara lubang bilah dindingnya lebih jarang (lebar) sedikit dari jarak lubang bilah dinding bereyang, kerana ‘tuar’ dibuat semata-mata untuk memerangkap ikan besar sahaja. Saiz ‘tuar’ juga lebih kecil dari saiz bereyang. Ia dibentuk begitu rupa agar sesuai bagi memerangkap ikan yang masuk ke dalamnya.

 

LEY

Ialah sejenis tukah besar yang digunakan untuk memerangkap udang. ‘Ley’ ditahan (diletakkan) dalam parit atau tali air pada musim banjir (air banyak) dan air tersebut berarus (mengalir) laju.

Bahan dan Cara Membuat "Ley"

  1. Bilah buluh atau kulit pelepah rumbia (pokok sagu)
  2. Akar penjalin
  3. Batang pelepah kumbar (salak) atau pelepah rumbia iu. Sedikit tali pengikat

Sebanyak empat batang pelepah kumbar (salak) disediakan sepanjang antara 6-8 kaki (mengikut saiz yang dikehendaki). Pelepah kumbar ini digunakan sebagai bingkai ‘ley’ tersebut. Pada mulut, bahagian tengah dan hujung (buntut) ‘ley’ digunakan pelepah kumbar yang dipotong pendek (mengikut saiz ‘ley’ yang dikehendaki) sebagai tiang atau penahan dinding dan lantai ‘ley’. Dinding dan lantai ‘ley’ diperbuat dari bilah buluh atau bilah kulit pelepah rumbia yang diraut nipis.

Bilah buluh atau bilah kulit pelepah rumbia yang telah diraut licin dan bersih selebar antara 6 - 10mm akan dijalin (ikat) pada tiang batang kumbar (salak) tadi dengan kuat. Dinding ini dijalin (dianyam) di tiga bahagian sahaja, iaitu bahagian lantai, kiri dan kanan ‘ley’ tersebut. Bahagian atas dikosongkan sahaja supaya senang (mudah) untuk melihat dan memungut udang yang terperangkap di dalamnya

 

Lantai

 

LEY (LUKAH BESAR)

Lebar (jarak) dengan satu bilah dengan bilah buluh  atau bilah kulit   pelepah rumbia dijalin (anyam) kerap (seperti anyaman/jalinan   bereyang   juga)   supaya   udang tidak dapat keluar melalui lubang bilah lantai "ley" tersebut. Cara menjalin (mengayam) bilah lantai ini kian ke hujung kian sempit (rapat sedikit);  sebab itulah di bahagian hujung (buntut) ‘ley’ tersebut dibentuk tirus sedikit supaya lubang jalinannya lebih sempit.

‘Leg’ ditahan dalam taliair/parit pada musim banjir (banyak   air   di   sawah, terutama pada musim hujan   yang berpanjangan) dan   air berarus laju. Bahagian mulut ‘leg’ akan direndam ke dalam air hingga ke dasar tali air/parit yang disekeliling mulut ‘ley’ telah diampang (sekat) dengan lumpur keras yang cuma ditinggalkan kosong pada bahagian mulut ‘leg’ itu sahaja. Tujuannya supaya udang yang hanyut akan terus masuk ke dalam ‘ley’ tersebut dan terperangkap dilantai.

Bahagian belakang ‘leg’ tersebut diangkat tinggi sedikit (terjongket) hingga melepasi ke permukaan air dengan ditahan oleh dua batang kayu/buluh yang disilangkan di bawah lantai ‘leg’ itu supaya ‘leg’ tersebut dapat duduk dengan sempurna. Masa (waktu) menahan ‘ley’ seperti juga masa (waktu) menahan bereyang, iaitu pada waktu malam.

Bagi mengelakkan udang yang terperangkap dalam ‘leg’ tidak diganggu atau dimakan oleh memerang, pemilik ‘ley’ kadang-kadang menunggu ‘ley’ berkenaan hingga menjelang siang.

 

TANGKUL

Satu lagi alat yang digunakan untuk menangkap ikan   air   tawar   ini   ialah ‘tangkul’. Terdapat dua jenis ‘tangkul’   yang   sering digunakan oleh penangkap/pencari ikan air tawar. laitu ‘tangkul’ untuk memerangkap udang dan ‘tangkul’ untuk memerangkap ikan. Cara menggunakan kedua-dua jenis ‘tangkul’ ini sama saja, iaitu direndamkan ke dasar sungai atau tali air. Dalam jangka waktu sekian lama (setalah diyakini ‘tangkul’ tersebut telah memerangkap udang atau ikan yang dikehendaki), ‘tangkul’ tersebut diangkat perlahan-lahan ke atas tebing. Lalu udang atau ikan yang terperangkap dalam ‘tangkul’ itu akan dipungut dan dimasukkan  ke dalam raga atau bakul.

Bahan dan Cara Membuat "Tangkul"

Sebidang kain -  mengikut saiz yang dikehendaki

  1. 4 bilah buluh
  2. Sedikit tali
  3. Buluh / kayu sebagai pengangkat (buak)
  4. 4 potong batang buluh berlubang berkeratan lebih kurang antara 4 - 8 inci.

Keempat-empat penjuru kain diikat pada hujung bilah buluh (Bilah   buluh   ini diraut hampir berbentuk bulat. Besarnya mengikut saiz bidang kain yang hendak digunakan). Hujung-hujung buluh yang hendak diikat pada penjuru kain dimasukkan ke dalam lubang batang potongan buluh yang   sudahpun   diikatkan   pada   hujung   buak (batang kayu/buluh pengangkat ‘tangkul’).

Kemudian bidang kain yang terbuka lebar itu direndamkan ke dalam air supaya ikan atau udang datang berkumpul atau ikan datang berkumpul (bermain-main) di situ, kadangkadang diletakkan umpan yang sesuai di tengah-tengah (atas kain) ‘tangkul’ tersebut.

 

TANGKUL


Biasanya ‘tangkul’ untuk memerangkap ikan bentuknya ialah lebih besar dari ‘tangkul’ untuk memerangkap udang. Oleh kerana ‘tangkul’  ikan bentuknya besar dan lebih berat, sebatang tiang   sebagai   pembantu   untuk   mengangkat   ‘tangkul’   itu dipacakkan ke tanah di tebing sungai/parit. Dengan pertolongan  tiang pengalas itu, ‘tangkul’ ikan mudah diangkat ke tebing.

 

PELOMPAT

 

PELOMPAT

 

Bahan dan Cara Membuat "Pelompat"

  1. Bilah buluh
  2. Akar penjalin

Bilah buluh diraut licin dan bersih selebar lebih kurang sebesar jari. Panjangnya lebih kurang antara 36 - 40 inci. Kemudian bilah buluh tersebut dijalin dengan akar penjalin selebar lebih kurang 3-4 kaki. Di kiri kanannya dilengkungkan   sedikit   membentuk sebagai dinding kepada lantai ‘pelompat’ itu.

Manakala di bahagian bawah dilekatkan pula sekeping lantai melintang yang sama panjang dengan lebar lantai tadi, dibentuk separuh melengkung yang diletakkan (diikat) pada bahagian dinding (lantai) ‘pelompat’ tersebut.

"Pelompat" diletakkan di tempat-tempat air terjun (terampang) seperti di tepi permatang (batas) sawah yang air mengalir melalui atas permatang (batas), di bawah gelung (jalan air) yang terpokah dan air berarus laju di situ atau juga di   bawah ampangan (belat) yang air sentiasa terjun melalui   pengatup   ampangan tersebut.   Ikan- ikan yang bermain di bawah air terjun itu akan melompat bermain air atau mungkin juga hendak melonjakkan badannya ke seberang ampangan  atau   permatang (batas)   sawah. Oleh kerana "pelompat" ditahan di situ, ikan-ikan yang melompat akan terperangkap ke dalam "pelompat" yang sedia menunggu.

Menahan "pelompat" ialah dengan   cara   diletakkan   menyendeng   sedikit dindingnya dibawah air terjun   yang menghadap ke arah ikan yang sering melompat. Untuk menyendengkan "pelompat" semasa ditahan, kayu atau buluh penyokong  dipacak ke dalam tanah. Atau boleh juga diregangkan tali dan "pelompat" disendengkan pada tali tersebut.

 

LAIN-LAIN ALAT

Lain-lain alat-alat menangkap ikan/udang air tawar ialah:

  • Tangguk - Untuk menangkap udang
  • Pancing
  • Pukat
  • Serampang

 
 

PUKAT

 

 

TANGGUK

 

SUMBER ARTIKEL

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 10, 1998