TAPAI PULUT
Oleh: MACHITA BT. OTHMAN
Tapai ialah sejenis kuih tradisional yang tidak asing lagi di masa kini dan begitu popular dikalangan masyarakat Perlis. Terdapat dua jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Bagi masyarakat Perlis, tapai pulut adalah lebih popular berbanding tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap dengan aromanya yang menyelerakan.
BAHAN-BAHAN DAN PROSES MEMBUAT TAPAI
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tapai pulut ialah beras pulut hitam atau beras pulut putih, ragi dan jika mahu boleh juga dimasukkan sedikit gula. Terlebih dahulu, beras pulut direndamkan selama 2-3 jam. Selepas itu beras tersebut dikukus atau ditanak. Apabila pulut tersebut masak, ratakan pulut di atas nyiru atau di dalam dulang dan biarkan ia sejuk seketika.
Seterusnya pulut tersebut ditabur dan digaulkan dengan ragi. Ragi yang digunakan untuk membuat tapai hendaklah dijemur terlebih dahulu supaya ia kering dan warnanya kelihatan putih. Ragi tersebut sebaik-baiknya ditumbuk supaya benar-benar halus. Ketika pulut digaul dengan ragi, lembabkan tangan dengan air supaya ragi tersebut dapat meresap kedalam pulut. Pastikan ragi digaul dengan rata ke semua bahagian pulut. Biasanya bagi 2 kilogram beras pulut putih memerlukan 3 biji ragi manakala untuk 2 kilogram beras pulut hitam memerlukan 4-5 biji ragi. Ini kerana beras pulut hitam lebih keras berbanding beras pulut putih.
Setelah semua pulut digaul rata dengan ragi, maka pulut tersebut dibungkus sedikit-sedikit dalam daun tapai atau lebih dikenali sebagai daun 'Maru' oleh masyarakat Perlis. Oleh kerana daun 'Maru' ini agak sukar didapati maka kebanyakan tapai pada masa ini dibungkus dengan daun pisang. Terdapat perbezaan dari segi aromanya di antara tapai yang dibungkus dengan daun 'Maru' dengan tapai yang dibungkus dengan daun pisang. Tapai yang dibungkus dengan daun 'Maru' mempunyai aroma yang lebih menyelerakan.
Setelah semua pulut digaul rata dengan ragi, maka pulut tersebut dibungkus sedikit-sedikit dalam daun tapai atau lebih dikenali sebagai daun 'Maru' bagi masyarakat negeri Perlis. Oleh kerana daun 'Maru' ini agak sukar didapati maka kebanyakan tapai pada masa ini dibungkus dengan daun pisang.
Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu besar atau tempayan. Pasu atau tempayan itu ditutup sama ada dengan daun pisang, kertas atau kain. lni bertujuan untuk mengelakkan tapai tersebut daripada terdedah kepada cahaya dan suhu yang panas yang mana boleh menyebabkan tapai menjadi masam. Selepas tapai diperam selama 2-3 hari, maka tapai tersebut telah "masak" dan bolehlah dimakan. Tapai yang telah dimasak ini akan mengeluarkan air yang sangat manis. Sekiranya menggunakan beras pulut hitam, peramlah tapai tersebut selama 3-4 hari supaya ia betul-betul masak.
Tapai yang telah masak itu tidak boleh disimpan lama. lanya hanya boleh bertahan selama dua hari sahaja dan selepas itu tapai tersebut menjadi masam.
Apabila tapai sedang dibungkus, orang yang membungkusnya tidak boleh memakan sirih atau mendekati benda-benda yang berwarna merah kerana ini akan menyebabkan isi tapai menjadi merah dan tidak enak dimakan. Semasa membungkus tapai juga, seseorang itu tidah boleh memakan benda-benda yang rasanya masam kerana tapai tersebut akan turut menjadi masam.

Tapai yang dibungkus dengan daun pisang.
PANTANG LARANG
Orang tua-tua zaman dahulu mempunyai beberapa pantang larang yang mesti diikuti semasa membuat tapai agar rasanya enak. Contohnya, apabila sedang membuat tapai hendaklah dijauhi pulut daripada terkena minyak dan pastikan pasu untuk memeram tapai kering dan tidak berminyak. Jika tidak, tapai tidak akan menjadi manis. Apabila tapai sedang dibungkus, orang yang membungkusnya tidak boleh memakan sirih atau mendekati benda benda yang berwarna merah kerana ini akan menyebabkan isi tapai menjadi merah dan tidak enak dimakan. Semasa membungkus tapai juga, seseorang itu tidak boleh memakan benda benda yang rasanya masam kerana tapai tersebut akan turut menjadi masam.
Tapai biasanya dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut. Kini hidangan tapai juga telah dihidangkan di restoran atau di hotel-hotel bersama dengan ais krim sebagai pencuci mulut. la lebih dikenali sebagai tapai aiskrim. Cara menghidangkannya ialah dengan memasukkan tapai ke dalam gelas, kemudian diletakkan aiskrim diatasnya dan dihiaskannya dengan ceri dan koko. Tapai juga boleh dimakan bersama kelapa parut.
Dari segi kesihatan pula, tapai mempunyai khasiat yang tersendiri. lanya boleh menyembuhkan penyakit buasir kerana di dalam tapai terdapat bahan bergentian yang boleh membantu proses pencernaan.

Tapai yang dibungkus dengan daun "Mani'.
RUJUKAN:
1. Temubual dengan Puan Roldah Musa.
2. Zakiah Hanum. Kuih Muih Utara. Kuala Lumpur, Berita Publishing, 1992.
SUMBER ARTIKEL:
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 15, 2003
