Accessibility Tools

SEJARAH RINGKAS JABATAN PENDIDIKAN PERLIS

SEJARAH RINGKAS JABATAN PENDIDIKAN PERLIS

Oleh: SHUKOR MAT

Arus perkembangan pendidikan di Perlis adalah sejalan dengan proses pendidikan yang berlaku di lain-lain negeri di Tanah Melayu sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama Tegasnya dasar pecah dan perintah British telah melahirkan empat sistem persekolahan yang berlainan; iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, dan Sekolah Vernakular India.

Sekolah-sekolah yang berbagai aliran ini tidak disusun kurikulumnya supaya selaras dengan kehendak dan keperluan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang aman makmur dan bersatu. lanya dibiarkan berkembang sendiri berdasarkan inisiatif, falsafah, matlamat dan perancangan yang berbagai tanpa hala tuj u yang jelas ke arah integrasi kaum.

Sehingga ke tahun 1909 belum lagi wujud Pejabat Pelajaran di Perlis Ini menunjukkan tahap kemajuan pendidikan di Perlis ketika itu terlalu lembab berbanding dengan lain-lain negeri di Tanah Melayu. Pada masa tersebut telah dibina sebanyak lima buah sekolah rendah Melayu di Perlis iaitu di Arau, Kangar, Paya, Kuala Perlis dan Sanglang. Sekolah­ sekolah ini dibina melalui usaha dan kesedaran pemimpin-pemimpin Melayu tempatan.

(Ahmad Ismail dan Yazid Mat Perlis Indera Kayangan Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdoufat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Percetakan UPCAS Cetakan Pertama 1992 him. 125). 

 

Pada masa tersebut telah dibina sebanyak lima buah sekolah rendah Melayu di Perlis iaitu di Arau, Kangar, Paya, Kuala Perlis dan Sanglang. Sekolah-sekolah ini dibilla melalui usaha dan kesedaran pemimpin-pemimpin Melayu tempatan.

 

Cadangan Kenion supaya ditubuhkan Suruhanjaya Penasihat mengenai sistem pendidikan negeri telah diberi perhatian oleh Ketua Setiausaha, Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kesannya ialah pada awal tahun I916 Kerajaan British memutuskan untuk melantik seorang Penolong Pengarah Pelajaran (Melayu) dengan tanggungjawab yang khas kepada sekolah-sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.

(William R. Roff, Op.cit. , Him. 150)

 

Dengan itu juga ditubuhkan sebuah pejabat kecil pada tahun 1916 yang memainkan peranan sebagai Jabatan Pelajaran Perlis. Pada peringkat awal penubuhannya, Pejabat Pelajaran Perlis ditadbirkan oleh seorang pegawai bertaraf Guru Pelawat yang bertanggungjawab kepada Penasihat British di Perlis. Guru Pelawat yang pertama ialah Encik Wan Teh. Guru Pelawat seterusnya ialah Encik Abu Seman bin Md. Sharif (1918) Encik Pilus bin Awang (1923) dan Encik Hashim bin Abdul Rahman (1935).

(Sejarah Ringkas Perkembangan Jabatan Pendidikan Perlis T.T.).

 

Tempat asalnya Jabatan Pelajaran Perlis ialah di Pejabat Besar Kerajaan Negeri Perlis (bertempat di tapak bangunan Balai Polis Daerah Kangar), kemudian dipindahkan ke Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

(Ahmad Ismail dan Yazid Mat, Perlis Indera Kayangan Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat Op. cit., him. 155).

 

Dalam tahun 1939 Pejabat Pelajaran Perlis ditadbir oleh seorang Nazir Sekolah-sekolah Melayu Perlis. Beliau ialah Mr. J.W. Jefferson bekas ketua Hal Ehwal Senaman Negeri­ Negeri Tanah Melayu. Inilah kali pertamanya seorang pegawai berbangsa Inggeris bertugas menjadi Nazir Sekolah-sekolah Melayu di Perlis. Penempatan pegawai ini dibuat untuk memajukan lagi mutu pelajaran sekolah-sekolah Melayu di Perlis. Penghantaran pegawai ini juga dilaksanakan kerana lawatan dan pemeriksaan pelajaran yang telah dilakukan oleh O.T Dussek ke sekolah-sekolah Melayu sebelurnnya.

(Ahmad Ismail dan Yazid Mat Perlis Indera Kayangan Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat, Op. cit. hlm.156-157)

 

Dalam masa pemerintahan Jepun, jawatan Guru Pelawat dikendalikan oleh Encik Mustaffa bin Mohd. Saad. Setelah tamat perang jawatan tersebut telah disandang pula oleh Encik Hashim bin Abdul Rahman.

( Sejarah Ringkas Perkembangan Jabatan Pendidikan Perlis, T. T.)

 

Pada tahun 1947, Encik Ahmad bin Mion dilantik menjadi Nazir seterusnya jawatan ini disandang oleh Tuan Haji Mohd. Noor bin Ibrahim (1952) dan dalam masa yang sama juga Encik Ismail bin Idris dilantik sebagai Guru Pelawat untuk membantu kerja-kerja yang semakin bertambah. Satu perkembangan baru yang perlu diingat ialah jawatan Penolong Nazir ditukar nama menjadi Penolong Pengelola Sekolah. Jawatan ini kemudiannya dipegang oleh Encik Hashim bin Salleh.

(Sejarah Ringkas Perkembangan Jabatan Pendidikan Perlis, T. T.)

 

Pejabat Pelajaran Perlis telah dipindahkan ke sebuah bangunan baru di Jalan Kolam yang letaknya bertentangan dengan rumah kediaman YAB Menteri Besar Perlis sekarang. Setahun selepas itu Encik Saad bin Abdul Rashid telah dilantik menjadi Penolong Pengelola Sekolah pada tahun 1959. Encik Abdullah bin Sultan telah ditempatkan di Perlis sebagai Pegawai Pelajaran Tempatan. Beliau diletakkan di bawah seorang Penguasa Pelajaran Kedah-Perlis yang ditadbirkan oleh Pegawai Pelajaran masing-masing. Ini menunjukkan satu kemajuan yang baru di dalam sejarah perkembangan pelajaran di Perlis. Pada tahun 1961 Encik Abdullah bin Marzuki telah dilantik sebagai Penolong Pengelola Sekolah.

Dasar Pendidikan Persekutuan selepas merdeka ialah hasil daripada anjuran-anjuran yang dibuat oleh Jawatankuasa Pendidikan yang dipimpin oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Menteri Pelajaran dalam tahun 1956. Walaupun tambahan-tambahan kecil telah dibuat untuk memenuhi tuntutan-tuntutan baru, tetapi rangka dasarnya, yang diterima dalam tahun 1956 tetap tidak tergugat.

Jawatankuasa tersebut dilantik dalam bulan September 1956 dengan memasukkan beberapa penentuan di dalam tugasnya. Penentuan-penentuan tugas itu menerangkan dengan jelas bahawa pendidikan memainkan peranan politik yang penting di Malaya. laitu dasar yang wajar yang boleh menjadi alat penting dalam usaha menyuburkan perpaduan sosial dan politik bagi sebuah negeri yang mempunyai masyarakat majmuk. Di dalam memikul tugas ini dan semasa mengemukakan penyelesaiannya jawatankuasa tersebut menyatakan :

 

"Salah satu keperluan dasar dari dasar pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu ialah mengarahkan seluruh sekolah baik sekolah dasar mahupun sekolah menengah kepada pandangan hidup Malaya. Kami berpendapat bahawa cara untuk melaksanakan ini ialah dengan memastikan isi rencana pelajaran yang umum bagi semua sekolah. "

 

Satu isi sukatan pelajaran yang umum dirasakan akan memastikan bahawa semua murid mengikuti pelajaran yang sama, biar apa juga bahasa pengantarnya.

(K.J. Ratnam, Paham Perkauman dan proses Politik di Malaya, University of Malaya Press K.Lumpur, 1969, him. 146-147).

 

"Dasar Pendidikan Persekutuan selepas merdeka ialah hasil daripada anjuran­ anjuran yang dibuat oleh Jawatankuasa Pendidikan yang dipimpin oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Menteri Pelajaran dalam tahun 1956. Walaupun tambahan-tambahan kecil telah dibuat untuk memenuhi tuntutan-tuntutan baru, tetapi rangka dasarnya, yang diterima dalam tahun 1956 tetap tidak tergugat. "

Berpandukan maklumat dan arahan daripada Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, maka pada tahun 1961 telah ditubuhkan kelas-kelas Pelajaran Menengah yang pertama di Perlis dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantarnya. Lantaran perkembangan tersebut maka usaha-usaha untuk memajukan Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan tersebut semakin giat dijalankan.

(Panel Sejarah Sekolah-sekolah Negeri Perlis Draf Sekolah-sekolah Negeri Perlis 1974, him. 3).

 

Pada tahun 1964, sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang pertama telah dibuka di Arau Perlis. Selepas itu sebanyak enam buah lagi Sekolah Menengah Kebangsaan dibuka secara serentak dalam tahun 1965. Usaha-usaha ini telah giat dijalankan oleh Pegawai Pelajaran Negeri Datuk Ariffin bin Mohd. Nam dengan dorongan dan galakan daripada DYMM Tuanku Raja dan YAB Menteri Besar Perlis Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim.

(Panel Sejarah Sekolah-Sekolah Negeri Perlis Draf Sekolah-Sekolah Negeri Perlis, Op. cit., Him. 3).

 

Sejak tahun 1961 Jabatan Pelajaran Perlis ditempatkan di Tingkat Bawah Bangunan Persekutuan Kangar, manakala jawatan Ketua Pegawai Pelajaran Perlis disandang oleh Datuk Ariffin bin Mohd. Nam dalam tahun 1961-1968. Berikutnya ialah senarai Ketua Pegawai Pelajaran Perlis :

1 Jan. 1969 - 28 Feb. 1970 - Encik Idris bin Haji Tain

1 Mac 1970 - 31 Sept. 1970 - Encik Hussein bin Ahmad

1 Okt.1970 - 30 Nov. 1973 - Encik Abdul Razak bin Ator A.M.P.

 

Pada 1 Februari 1974 Jabatan Pelajaran Perlis telah berpindah ke bangunannya sendiri di Jalan Penjara Kangar yang sebahagian besar kawasannya dahulu adalah halaman Sekolah Melayu Kangar (Lelaki). Jabatan ini mempunyai pegawai dan kakitangannya seramai 36 orang. Pengarah-pengarah pelajaran berikutnya ialah :

Ogas 1976 - Mac 1978 Encik Marmuji bin KosoA.M.P

April I 978 - Ogas 1979 Encik Abd.Talib bin Mohd. Zain Nov. 1979 - Feb.1983 Encik Baharom bin Othman A.M.P Feb. 1983 - 1994 Encik Jumali bin Kassan A.S.D.K.

Sehingga ke tahun 1984 Jabatan Pelaj aran Perlis mempunyai kakitangannya seramai 105 orang.

( Sejarah Ringkas Perkembangan Jabatan Pendidikan Perlis, T. T. )

 

Pentadbiran Jabatan Pendidikan Perlis mengalami perubahan yang pesat sejak tahun 1973 setelah tertubuhnya Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Sains, yang memberi peluang luas kepada murid-murid yang meminati kerja amali dan jurusan sains. Selain daripada itu pentadbiran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang kemudiannya ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Perlis telah pun dimasukkan di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Perlis.

Pegawai tertinggi yang diamanahkan untuk memimpin Jabatan Pendidikan yang sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pelajaran Perlis ialah Pengarah Pendidikan Perlis atau Ketua Pegawai Pelajaran Perlis. Tugas yang amat mencabar ini mempunyai bidang dan garis panduan tertentu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini telah dijelaskan sebagai :

"Di peringkat negeri atau kawasan, penyelenggaraan dan cara-cara urusannya dijalankan oleh Ketua Pegawai Pelajaran bagi satu-satu Negeri itu dan juga oleh Lembaga atau Jawatankuasa Pembangunan Negeri. "


Isi Rancangan Pelajaran Malaysia yang ada sekarang adalah berdasarkan sumber berikut :

PERANCANGAN LIMA TAHUN MALAYSIA YANG PERTAMA, 1966-1970

Dasar dan Undang-Undang Pelajaran

- Keperluan-keperluan negara sekarang dan masa hadapan terutama sekali dalam lapangan pertanian dan perusahaan

- Perangkaan-perangkaan masuk sekolah

- Sumber-sumber dan kemampuan Kewangan Negeri

- Maklumat-maklumat yang diperolehi oleh berbagai-bagai hasil penyiasatan

- Cadangan-cadangan dan laporan-laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri

(Bahagian Perancang dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Pelajaran di Malaysia PEP, K. Lumpur, 1968, hlm.49)

 

Pentadbiran Jabatan Pendidikan Perlis mengalami perubahan yang pesat sejak tahun 1973 setelah tertubuhnya Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Sains, yang memberi peluang luas kepada murid-murid yang meminati kerja amali dan jurusan sains. Selain daripada itu pentadbiran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang kemudiannya ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Perlis telah pun dimasukkan di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Perlis. Begitu juga dengan dua buah Sekolah Menengah Agama di Arau dan Kangar telah dimasukkan ke dalam pentadbiran Jabatan Pendidikan Perlis kemudiannya.

Jawatan Pengarah Pendidikan selepas Encik Jumali bin Kassan disandang oleh Tuan Haji Mohd. Salleh bin Abd. Jadid AMN. ECK. (Jun 1986-Disember 1987), Encik Zainal Abidin bin Haji Ahmad PMP. PJK. (Januari 1988-Mei 1991) kemudian diteruskan oleh Encik Zainal Abidin bin Awang AMN. JM. (Jun 1991-Mei 1993) Tuan Haji Mohd. Zain bin Ishak AMN. BCK. (Jun 1995-Ogos 1998) dan Tuan Haji Ahmad Marican bin Othman AMN. ASK. AK. (Januari 1995-Ogos 1998). Kemudian Tuan Haji Sulaiman SMP. AMN. PJK. telah dilantik sebagai Pemangku Pengarah Pendidikan Perlis (Ogos 1998-September 2001). Selepasnya Puan Hajah Dariah bt. Saad SMP. telah dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Perlis mulai September 2000-Julai 2003. Kini Tuan Haji Johari bin Mansor AMN. AMP. telah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Perlis.

Semasa Encik Jumali bin Kassan menjadi Pengarah sehingga ke masa Tuan Haji Ahmad Marican bin Othman tugas-tugas mereka sebagai Pengarah Pendidikan banyak dibantu oleh pegawai-pegawainya yang dipanggil Ketua Penolong Pengarah (KPP). KPP terbahagi kepada beberapa bahagian yang dinamakan KPP Menengah KPP Rendah, KPP Pembangunan KPP Pentadbiran KPP Perhubungan KPP Hal Ehwal Murid dan KPP Agama Islam.

Perkembangan pendidikan yang pesat berlaku pada masa akhir pentadbiran Tuan Haji Ahmad Marican, yang mana telah menyebabkan pengurusan pentadbiran dikembangkan ke peringkat Ketua Sektor yang tugasnya membantu Pengarah Pendidikan Negeri. Empat Ketua Sektor tersebut ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Ketua Sektor Perkhidmatan Pendidikan. Sejak September 2003, Sektor Pengurusan Akademik ditadbirkan oleh Encik Abd. Wahab bin Ismail, Sektor Perkhidmatan Pendidikan diuruskan oleh Tuan Haji Mohd. Hatta bin Ishak manakala Sektor Pembangunan Kemanusiaan pula dikendalikan oleh Encik Ahmad bin Mat Isa.

(Tuan Haji Johan bin Jusoh, Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Perlis, temubual pada 4 September 2003)

 

Kini bilangan kakitangan Jabatan Pendidikan Perlis ialah seramai 168 orang, Pegawai Ikhtisasnya 68 orang dan staf sokongannya 100 orang.

Terdapat 92 buah sekolah di Perlis yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Perlis; iaitu 56 buah Sekolah Kebangsaan, 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan( C ), 1 buah Sekolah Jenis Kebangsaan ( T ), 1 buah Sekolah Kebangsaan (Khas) 19 buah Sekolah Menengah Kebangsaan, 2 buah Sekotah Menengah Teknik, 2 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan sebuah Sekolah Menengah Berasrama Penuh.

(Haji Rosli bin Derani Unit maklumat Jabatan Pendidikan Perlis temubual pada. 3/9/03).

 

Kini bilangan kakitangan Jabatan Pendidikan Perlis ialah seramai 168 orang, Pegawai Ikhtisasnya 68 orang dan staf sokongannya 100 orang.
 

I. Dalam tahun 1915 R.H Kenion seorang anggota Tidak Rasmi dalam Majlis Undangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menyatakan keraguannya terhadap sistem pendidikan anak negeri. Keraguan tersebut turut dirasakan juga oleh Residen-residen Perak dan Pahang.

Mereka menyatakan cadangan supaya dilantik sebuah Suruhanjaya Penyiasat. (William R.Roff, Nasionalisme Melayu, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003, him. 150)

 

RUJUKAN:

Ahmad Ismail dan Yazid Mat

Perlis lndera Kayangan Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Percetakan UPCAS, Cetakan Pertama 1992.

Ratnam, K.J.,

Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaya, University of Malaya Press K. Lumpur, 1969.

Roff,William R.,

Nasionalisme Melayu, Penerbit Universiti Malaya, K.Lumpur, 2003.

Bahagian Perancang dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Pelajaran di Malaysia, DBP Kuala Lumpur, 1968.

Panel Sejarah Sekolah-sekolah Negeri Perlis, Draf Sekolah-sekolah Negeri Perlis 1974 (tidak diterbitkan).

- Sejarah Ringkas Perkembangan Jabatan Pendidikan Perlis .(tanpa tarikh dan tidak diterbitkan).

 

TEMUBUAL:

I.Tuan Haji Rosli bin Derani,

Unit Maklumat,

Jabatan Pendidikan Perlis. Temubual pada 3 September 2003

2. Tuan Haji Johan bin Jusoh, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Perlis.

Temubual pada 4 September 2003

 

DISEDIAKAN OLEH:

Shukor Bin Mat

Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis. 5 September 2003.

 

SUMBER ARTIKEL: 

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 15, 2003