Accessibility Tools

RUMAH MELAYU TRADISIONAL

RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Oleh : MUHAMMAD B. HARUN

Setiap insan impikan tempat tinggal yang sempurna, selesa dan selamat. Manakala rekabentuk sesebuah rumah pula berkait rapat dengan jiwa pemiliknya. Boleh dikatakan semua rumah Melayu tradisional dibina tinggi mempunyai tiang dan tangga. Ini untuk mengelak penghuni daripada binatang buas dan juga banjir. Keselamatan dan keselesaan penghuni diambit kira dalam pembinaan sesebuah rumah Melayu tradisional.

 

PEMBINAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Sebelum sesebuah rumah Melayu tradisional dibina pemiliknya akan memilih tukang kayu yang mahir dan cekap agar rumah yang dibina nanti akan menepati kehendak dan cita rasanya. Selain itu ia juga hendaklah teguh dan kukuh. Selalunya pemilik rumah akan menggunakan jenis kayu yang kuat seperti merbau, cengal dan sebagainya. Pemilik rumah akan mengupah dan kadang-kadang membuat sendiri untuk membelah dan memotong batang balak bagi dijadikan tiang dan papan.

Tapak yang dipilih pula seboleh-bolehnya tidak ditenggelami air atau bukan kawasan berpaya. Mereka akan memilih kawasan rumah yang bertanah rata dan mudah didatangi oleh tetamu dan sanak saudara. Jarang orang Melayu tradisional membina rumah di puncak bukit jauh dari jiran yang lain. Di Perlis kebanyakan rumah Melayu dibina di atas tanah rata. Ini disebabkan permukaan bumi di Perlis tidak berbukit. Kebanyakannya bertanah rata.

Setelah tapak yang sesuai dipilih pemilik rumah akan mempastikan arah kiblat rumah tersebut dan naik turunnya matahari sebelum rumah didirikan. Ini penting keran a arah kiblat memberi kemudahan kepada pemilik untuk beramal ibadat. Naik turunnya matahari juga penting kerana cahaya matahari boleh menganggu ruang tertentu di dalam rumah yang akan didirikan. Hari dan bulan tertentu juga dipilih ketika mula mendirikan rumah. Ini untuk mendapat keberkatan dan kesejahteraan pemiliknya.

Pemilik rumah akan melakukan beberapa upacara ritual yang dipercayai bagi mendapat kebahagiaan dan semangat.

 

Jarang orang Melayu tradisional membina rumah di puncak bukit jauh dari jiran yang lain. Di Perlis, kebanyakan rumah Melayu dibina di atas tanah rata.
 

Mereka percaya setiap bahagian rumah ada peranan tertentu. Tangga, pintu, dinding, tiang dan sebagainya mempunyai fungsi dan ritual tertentu diadakan ketika mendirikannya. Tiang Seri selalunya ditegakkan dahulu bagi setiap rumah. Bahagian atas Tiang Seri akan diletakkan kain tiga warna; iaitu hitam, merah dan putih. Tiang Seri akan ditegakkan terlebih dahulu untuk menampakkan keserian Tiang Seri itu.

 

 

Rumah Melayu Perlis seperti juga rumah-rumah di negeri lain mempunyai seni ukirannya tersendiri. Ukiran kayunya cukup halus dan ini melambangkan kehalusan seni ukiran Melayu. Ukiran-ukiran pada dinding, tingkap, daun pintu, tebar layar, cukup cantik dan mempesona kita melihatnya. Motif-motif pada ukiran kayu ini diambil daripada unsur alam semulajadi, tumbuhan dan juga haiwan. Ini adalah kerana motif-motif ini berkait rapat dengan alam kehidupan mereka sehari-hari.

 

RUMAH MELAYU JALAN PENGKALAN ASAM

Di Perlis terdapat sebuah rumah Melayu Tradisional yang begitu cantik dan menarik perhatian orang ramai. Rumah Melayu Perlis yang dimaksudkan itu terletak di Jalan Pengkalan Asam dan ia mempunyai ciri-ciri senibina Melayu Lama Perlis. Rumah ini telah berusia 77 tahun dan rumah ini dikenali sebagai Rumah Dato' Wan Ahmad Pengkalan Asam oleh penduduk tempatan.

Dari segi komposisi ruang dalam rumah ini, arah kiblat dijadikan sebagai panduan, bahagian membujur rumah ibu menghadapnya dan bahagian anjung pula menghadap ke halaman rumah. Bahagian anjung menjadi tempat berehat dan berbual dengan jiran.
 

Bahagian anjung menjadi tempat berehat dan berbual dengan jiran. Rumah ini direkabentuk agar terlindung daripada sinaran matahari petang.

 

Rumah Dato' Wan Ahmad mempunyai ciri-ciri senibina Melayu lama yang diterapkan sedikit konsep permodenan dalam elemen pembinaannya. Rumah ini dibina sebelum penjajahan Jepun oleh bapa kepada Dato' Wan Ahmad bin Wan Daud pada tahun 1926. Dato' Wan Ahmad merupakan seorang Pembesar Perlis dan sangat berpengaruh di Perlis ketika itu. Rumah ini dibina untuk keluarga dan keperluan hariannya. Apabila sebagai panduan, bahagian membujur rumah ibu menghadapnya dan bahagian anjung pula menghadap ke halaman rumah. Bahagian anjung menjadi tempat berehat dan berbual dengan jiran. Rumah ini direkabentuk agar terlindung daripada sinaran matahari petang. Ruang itu dijadikan ruang tamu. Ruang tengah pula terletak selepas bahagian rumah ibu dan saiznya lebih kecil. Secara keseluruhannya rumah dan sistem kerangka rumah ini dibuat daripada bahan binaan kayu sebagai bahan utama". (1)

 

PENUTUP

Rumah Melayu tradisional sepatutnya dijaga dan dipelihara dengan sempurna agar ia dapat menjadi tatapan generasi akan datang betapa bangsa Melayu juga mempunyai senibina yang hebat. Rumah Melayu tradisional ini adalah kebanggaan kita, dan sewajarnyalah kita menjaganya sebagai warisan budaya Melayu.

 

 

RUJUKAN:

(I) KAHAN LUKISAN TERUKUR :

Rumah Melayu Jalan Pengkalan Asam, Kangar, Per/is. KALAM,

Universiti Teknologi Malaysia.

 

SUMBER ARTIKEL:

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 15, 2003