PERTANDINGAN SENI SUARA BURUNG
Kategori dan Spesifikasi
Oleh : REJAB F. I.
NEGARA-NEGARA ASEAN: Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina termasuk dalam kawasan tropika. Negara-negara ini begitu kaya dengan flora dan fauna kerana dipenuhi dengan hutan belantara - ditumbuhi pokok-pokok yang subur menghijau - di situlan terdapat beribu-ribu spesis burung, hidup dengan penuh kedamaian dan ketenteraman. Burung-burung itu terbang bebas, mencari makanan, membiak, bersiul-siulan sepanjang hari di dalam hutan-hutan tersebut.
Di antara burung-burung itu terdapat yang kecil dan yang besar, warna bulunya berwarna-warni; siulannya begitu merdu dan mengasyikkan. Nada siulannya menjadi daya penghubung kepada manusia yang mencintai alam semula jadi sehingga mencernakan bibit kecmtaan kepada burung, sekali gus pula mendapat penghiburan.
Di negeri Perlis, semenjak zaman berzaman, siulan burung-burung itu merupakan suatu penghiburan selain daripada sumber-sumber _penghiburan yang lain seperti muzik trad1sional ciptaan manusia: seruling, serunai, biola, gong dan gendang - suara dan siulan burung merupakan muzik abadi kepada manusia.
Sebelum penduduk negeri ini mengenal muzik moden, suara dan siulan burung mengambil tempat yang utama di rumah-rumah para peminat burung. Sangkar-sangkar burung bergantungan d1 tengah rumah, di muka Jendeia, di serambi atau d1 balai. Para peminat burung akan berulang-alik ke hutan sehingga dinihari memikat burung.
Mengikut kepercayaan setengah penggemar burung, sesiapa yang berjaya memelihara burung Merbuk yang mempunyai 44 sisik pada kakinya dianggap bertuah. Pemelihara tersebut akan mendapat rezeki yang lumayan, nidup sempurna dan bahagia. Sangkar burung itu akan digantung di tengah-tengah rumah. Rumahnya akan terselamat daripada malapetaka terutama kebakaran.

Pancang atau tiang yang digunakan dalam sesuatu pertandingan Seni Suara Burung
Jika di kaki burung itu terdapat 37 sisik, dijadikan denak kerana dipercayai mudah memikat burung merbuk yang lain. Sangkarnya digantung di samping pintu masuk sebagai penyambut tetamu. Sebahknya, jika terdapat 38 sisik, burung tersebut akan membawa sial dan dilepaskan begitu sahaja.
PERTANDINGAN DAN OBJEKTIFNYA
PERTANDINGAN burung telah bermula di negeri Perlis semenjak tahun 1960 hanya sebagai peringkat negeri. Oleh kerana negeri Perlis merupakan satu-satunya negeri yang mempelopori pertandingan burung maka acara tersebut diJadikan acara utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia.
Pertandingan penngkat ASEAN ini bermula semenjak tahun 1991. Ketika diadakan acara tersebut beberapa buah negara anggota ASEAN turut serta terutama Thailand, Indo nesia dan Singapura.
Peminat-peminat burung akan mempertandingkan burung masing-masing. Lumrahnya burung-burung yang terbaik dan pernah menjadi juara dalam negara masing-masing akan menyertai pertandingan itu.
Pertandingan burung yang diadakan di negeri Perlis lazimnya diselenggarakan oleh Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Seni Suara Burung Negeri Perlis. Pertandingan ini sebagai suatu pengiktirafan kerajaan terhadap para peminat dan pemelihara burung. Mereka juga dapat bertemu dan memupuk kegemaran dalam bidang ini. Di samping itu dapat pula mempereratkan perpaduan anggota masyarakat setempat; menjalinkan perhubungan yang baik antara negeri dan negara-negara anggota ASEAN seluruhnya.
Pertandingan ini juga dapat menyumbang pertumbuhan industri pelancongan negeri Perlis khasnya dan negara Malaysia umurnnya.
Pertandingan ini sering diadakan di Sungai Batu Pahat Perlis, kira-kira 6 kilometer dari bandar Kangar. Tempat tersebut begitu sesuai kerana alam sekitarnya yang berbukit, dikelilingi hutan, ditumbuhi pokok-pokok yang menghijau.
Beratus tiang atau pancang dipacak berjajar-jajaran di suatu kawasan seluas kira-kira satu ekar. Sangkar-sangkar burung yang berukiran indah bergantungan di puncak tiang.

Sangkar yang digunakan dalam pertandingan dan pemeliharaan burung.
Sekitar kawasan tersebut kedengaranlah siulan burung yang sungguh merdu dan mengasyikkan.
Di antara jenis burung yang sering dipertandingkan ialah:
- Burung Merbuk
- Burung Tekukur
- Burung Merbah Jambul
- Burung Murai Batu
- Burung Murai Kampung
- Ayam Baka
- Ayam Katik
Di antara burung tersebut terdapat dua jenis burung iaitu Burung Merbah Jambul dan Burung Murai Batu yang diperlindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Negara, Akta No. 76/72. Sementara Burung Merbuk dan Tekukur di bawah kawalan CITES iaitu Konvensyen Perdagangan Hidupan Liar Antarabangsa.

Burung Merbuk.
BURUNG MERBUK (GEOPELIA STRIATA SATRIATA)
BURUNG MERBUK merupakan burung yang gemar dipelihara dan dipertandingkan kerana kemerduan suaranya (dikenali sebagai 'air suara') dan kecantikan rupanya. Bulunya yang berombak-ombak dan berbintik-bintik pada bahagian tengkuk dan badannya, amat menarik perhatian.
Di bahagian tengkuknya terdapat juraian bulu yang bertumpuk-tumpuk berwarna keabu- abuan. Sementara ekornya memanjang berwarna coklat, kehitam-hitaman dan berjurai putih. Bulu di dadanya berwarna kekuning-kuningan atau 'air embun'. Begitu lembut dan amat mesra dipandang.
Burung ini agak jinak dan hidup berpasang-pasangan di dalam hutan-hutan kecil. Membuat sarang membiak di celah dahan-dahan kayu. Makanannya padi dan bijirin-bijirin liar seperti buah-buah rumput dan temucut. Kini burung merbuk dipelihara dan dibiakkan dengan penetasan telurnya, dikahwinkan atau di 'pesum'.
Pertandingan Burung Merbuk berdasarkan kepada tiga kategori iaitu kelas A, B dan C. Burung yang mendapat kelas pertama ialah kategori A, kategori B kelas kedua dan kategori C kelas ketiga.
PEMARKAHAN
PEMERHATIAN para ahli burung menentukan bunyi suara Burung Merbuk hampir sama dengan bunyi sebutan huruf Arab. Berdasarkan bunyi alunan suara itulah pemarkahan diberi kepada kedudukan suara setiap jenis burung.
Burung kelas pertama (kategori A) nada suaranya agar 'besar', mempunyai 'jalan' 3+4 (dalam pembacaan al-Quran disebut 'tabakah'). Bunyi permulaannya huruf 'KAP', misalnya KLOW LA TA KONG, dipermatikan dengan huruf 'KAP' juga. Getaran suaranya memancar begitu terang.
Kelas kedua (kategori B), bunyi permulaannya huruf 'W AU' dipermatikan dengan huruf 'TA'. Mengikut istilah ahli burung huruf tersebut merupakan 'jalan' 3+4, iaitu bunyi yang terbaik.
Sementara burung kelas ketiga (kategori C), suaranya begitu 'tajam'. Bunyi permulaannya 'tajam', terang di tengah dan menolak tekanan bunyi KONG, misalnya KLEOW KA TA, KATA KONG (tekanan nada suaranya nyaring).
PEMBAHAGIAN MARKAH
Pembahagian markahnya seperti berikut:
UMBI (permulaannya) - 20 markah
JALAN (perjalanan suara) - 20 markah
ALUNAN SUARA - 20 markah
KONG (bunyi penutup) - 40 markah
MARK.AH PENUH - 100 markah
BURUNG TEKUKUR (STREPTOPELIA CHINENSIS TIGRINA)
BURUNG TEKUKUR tergolong sama dengan keluarga merbuk akan tetapi tubuhnya lebih besar dan bunyi dan alunan suaranya berbeza iaitu agak 'besar'. Jalinan dan rangkaian bulunya juga berbeza. Di tengkuknya terdapat deretan bintik-bintik berwarna putih dan coklat yang sungguh menarik. Rangkaian bulu di kepuknya menganjur dari pangkal tubuh sehingga ke penghujung sayap bersusun, berwarna coklat kehitam-hitaman.
Burung tekukur juga hidup berpasangan, di hutan-hutan kecil dan agak jinak. Makanan juga sama dengan merbuk iaitu padi dan bijirin liar.

Burung Tekukur.
PEMARKAHAN
DALAM pertandingan seni suara burung tekukur, pemarkahannya sama dilakukan sepertimana pemarkahan Burung Merbuk. Kelainannya cuma permulaan nada suaranya adalah 'TA', di tengahnya 'KAP' dan di penghujungnya ' AUF'. Nada suaranya bergantung kepada 'giilung' alunan di tengah-tengahnya.
Meneliti kepada alunan suara adalah lebih kepada Burung Tekukur kerana tubuhnya lebih besar daripada Burung Merbuk.
BURUNG MERBAH JAMBUL (PYCNONOTUS JOCOSUS
BURUNG MERBAH JAMBUL dikenali juga dengan nama Burung Pipi Merah. Burung ini biasanya tingal di dalam hutan, di kawasan belukar dan di ladang-ladang seperti Ladang Tebu di Chuping, Perlis. Makanannya buah-buahan dan serangga kecil seperti belalang dan keridik.
Burung Merbah Jambul amat menarik kerana terdapat jambul di kepalanya (setumpuk bulu yang meruncing ke atas), berwarna kehitam-hitaman. Pada pipinya terdapat bulu yang berwarna merah dan putih kerana itulah dikenali juga dengan nama Burung Pipi Merah.
Bulu di sepanjang leher dan dadanya berwarna putih, beransur-ansur kehijauan hingga ke perutnya. Sayap dan ekornya berwarna kehitam-hitaman.
PEMARKAHAN
BURUNG ini dipertandingkan berdasarkan kepada seni suara dan kepintarannya. Aspek-aspek yang diperhatikan ialah:
- Keaslian suara dan bentuk badannya - panjang, membujur seperti jantung pisang.
- Jambul - terhulur ke hadapan.
- Bulu - dadanya hitam, penuh dan tebal.
- Babu dan kepala - tegap dan tidak ke bawah.
- Sayap - panjang hingga menutupi ke pangkal ekornya.
- Ekor - pendek, tidak mengembang.
- Pergerakan - aktif, berdiri tegak ketika melompat dan berhenti.
- Bunyi - berterusan sambil membuka sayapnya berulang-ulang kali dan Chene (alunan suara) beralun setiap kali bergerak.
Pemarkahan dilakukan sebanyak empat pusingan. Markah penuhnya 100% akan tetapi lumrahnya markah tertinggi diperolehi cuma sehingga 85%.
BURUNG MURAI BATU (COPSYCHUS MALABARICUS)
BURUNG ini dikenali juga sebagai Burung Murai Rimba. Ia tinggal di dalam hutan atau rimba yang besar dan berbukit batu kapur di mana terdapat aliran air atau sungai. Murai Batu dapat berbunyi berbagai nada dan irama serta dapat memru berbagai-bagai jems bunyi.
Makanan kegemarannya ialah ulat dan serangga kecil. Hidupnya bersendirian, tanpa berpuak-puak atau berkumpulan.
Bentuk badannya memanjang dan menirus dari kepala hingga ke hujung ekornya. Ekornya panjang, terdapat di antara 12 sm sehingga 30 sm.
Warna bulunya amat menarik, biru dan kehitam-hitaman pada sayap, tubuh dan kepalanya. Bahagian perutnya berwarna perang dan kekuning-kuningan. Dari pangkal hingga ke hujung bawah ekornya terdapat sejurai warna putih.
PEMARKAHAN
Pemarkahannya berdasarkan:
Tubuh - panjang, membujur
Ekor - kepanjangan ekornya.
Bulu - kepenuhan bulunya.
Bunyi - keupayaan mengangkat ekor ketika berbunyi.
BURUNG MURAI KAMPUNG (COPSYCHUS SAULARIS MUSICUS)
BURUNG MURAI KAMPUNG sering terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan kecil, kerana itulah dikenali sebagai Murai Kampung. Makanannya serangga kecil dan cacing. Kerana itu juga di setengah tempat dikenali sebagai Murai Cacing.
Burung ini berbunyi begitu riuh dan berkicau-kicauan kerana itu juga dijadikan peribahasa bagi seseorang yang becok mulutnya dikatakan 'seperti mulut murai' atau 'seperti murai dicabut ekor'. Meskipun begitu, kicauannya amat merdu dan amat mengasyikkan bagi peminat-peminat burung.
Bulunya terdapat dua warna iaitu putih dan kehitam-hitaman. Warna hitam terdapat dari kepala hingga separuh badannya. Sementara warna putih terdapat di bahagian perut dan sebahagian ekornya. Akan tetapi Burung Murai betina warnanya kelabu.
Burung ini suka tinggal di atas pokok terutama di rumpun-rumpun buluh. Hidupnya berkumpulan antara 6 sehingga 10 ekor.
PEMARKAHAN
Pemarkahannya berdasarkan:
- Bulu - kepenuhan bulunya.
- Fizikal - kecergasannya.
- Bunyi - berterusan bunyinya.
- Ekor - daya mengangkat ekor pada masa berbunyi.

Ayam Sabung
AYAM BAKA (FURCATUS)
AYAM BAKA lebih dikenali sebagai 'Ayam Sabung' iaitu jenis ayam jantan yang dipelihara di kampung-kampung. Tubuh Ayam Baka lebih besar dan lebih tinggi daripada ayam betina. Ayam ini mempunyai 'susuh' atau 'taji' pada kedua-dua belah kakinya. 'Susuh' atau 'taji' ini begitu tajam sebagai perisai kepadanya ketika menghadapi musuh.
Ayam Baka begitu cergas dan tegap tubuhnya. la merupakan pelindung kepada seluruh kumpulan ayam di bawah jagaannya. la akan menentang ayam-ayam jantan yang lain jika ingin mengganggu anak-anak buahnya.
Kini Ayam Baka dipelihara khusus dan diasingkan dengan ayam-ayam yang lain kerana dijadikan 'Ayam Sabung' atau untuk dipertandingkan.
Suatu ketika dulu ayam ini dijadikan 'Ayam Sabung' sebagai suatu sumber penghiburan dari peringkat bawahan sehingga ke istana raja. Akibat dari penyabungan itu pernah tergadai sebuah kampung atau sebuah negeri !
Oleh kerana penyabungan ayam ini merupakan suatu penyeksaan dan judi, kerana itu unsur-unsur tersebut tidak lagi digalakkan pada zaman sekarang. Kini ayam-ayam baka cuma dipertandingkan dari segi kecantikan dan kesigapannya.
PEMARKAHAN
Aspek-aspek yang dipertandingkan ialah:
- Kepala - mempunyai balung yang menarik, paruh yang pendek dan mempunyai mata kecil seperti mata ikan.
- Bulu - terbahagi kepada beberapa bahagian dan nama tertentu iaitu: Tok Aun (emas muda dan tua), Anak Klin(hitam), Kamni (merah hati - muda dan tua), Akaim (hitam dan kuning - muda dan tua), Eliun (merah tua - besar dan kecil) dan Edang (warna keemasan)
- Bentuk Badan - memanjang dan bongkok.
- Kaki - putih, mempunyai sisik 43 atau 44, jari belakang pendek, mempunyai 8 atau 9 sisik.
- Ekor - panjang sehelai.
PEMBAHAGIAN MARKAH
Pembahagian markahnya seperti berikut:
KEPALA (kepala dan muka) - 20 markah
BADAN (badan, bulu, sayap dan ekor) - 40 markah
KAKI (batang kaki, sisik, susuh dan jari) - 40 markah
MARKAH PENUH - 100 markah
AYAM KATIK (GALLUS LASAYETTE)
AYAM KATIK merupakan ayam kacukan iaitu ayam hutan yang dikahwinkan dengan Ayam Kampung. Ayam ini kurang dipelihara jika dibandingkan dengan ayam biasa kerana saiz tubuhnya kecil, lazimnya sebesar burung merpati.
Meskipun begitu, Ayam Katik mempunyai rupa paras yang cantik dan memikat hati para peminat burung. Kerana itu, ayam ini dipertandingkan atas dasar kecantikan dan kesigapan seperti juga Ayam Baka.
PEMARKAHAN
Aspek-aspek yang dipertandingkan hampir sama dengan Ayam Baka iaitu:
- Badan - saiznya
- Fizikal - gaya / gerak-geri ia berjalan
- Bulu - penuh
- Warna - kecantikannya
- Ekor - panjang sehelai
- Kaki - bentuk susuhnya

Ayam Katik
PENUTUP DAN KESIMPULAN
SESUNGGUHNY A Pertandingan Burung dan Seni Suara Burung mernpakan suatu kesenian yang amat unik dan memberangsangkan. Minat dan kegemaran manusia adalah berbeza-beza kerana itu kesenian ini sewajarnya dihargai bersama di samping berbagai bagai unsur kesenian yang lain seperti permainan wau atau layang-layang, kesenian muzik dan kesenian yang bercorak persembahan.
Kita berbangga kerana kesenian menikmati suara burnng dan burung itu sendiri terns dipupuk dan dibajai di negara kita, setanding dengan negara-negara ASEAN yang lain terutama sekali negara Thailand dan Indonesia. Para pelancong terntama dari negara negara Barat begitu mengagumi kesenian ini dan mernpakan suatu daya tarikan mereka. Jika mereka - golongan yang bertamadun menghargai kesenian kita ini - mengapa kita tidak menghargainya?
Semoga kesenian 'Suara Burnng' dan burnng itu sendiri yang mernpakan sumber alam semula jadi akan terns kekal dan mewarisi zaman bagi negara kita dan negara negara ASEAN selurnhnya.
SUMBER ARTIKEL
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 7, 1995
