PERANAN SIRIH DALAM KEBUDAYAAN MELAYU DI PERLIS
Nukilan : WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)
SIRIH ialah sejenis pokok menjalar. Ia boleh hidup subur di kawasan tropika yang memerlukan cuaca panas dan juga hujan.
Accessibility Tools
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Sedetik di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Nukilan : WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)
SIRIH ialah sejenis pokok menjalar. Ia boleh hidup subur di kawasan tropika yang memerlukan cuaca panas dan juga hujan.
Oleh : RAMLI ISMAIL
Keris memainkan peranan yang cukup penting dalam masyarakat Melayu. Malah jika disebut keris, ianya secara langsung mempunyai kaitan dengan orang Melayu. Hanya dalam rumpun masyarakat Melayu di Nusantara ini sahaja yang tahu mengguna atau memiliki keris.
Oleh: NORDIN SAAD
Orang-orang Melayu pada masa dahulu memang sering masuk ke hutan samada untuk meneroka tanah baru, mencari kayu, akar-akar, pokok ubat-ubatan, berburu dan sebagainya. Keupayaan orang-orang Melayu masuk ke hutan terutamanya hutan-hutan yang tebal dan tidak pernah dimasuki orang lain merupakan satu usaha yang membanggakan kita. Malah kita tidak dapat nafikan bahawa tanah dusun, tanah sawah dan tapak kediaman yang kita duduki hari ini adalah merupakan usaha gigih orang-orang Melayu pada masa dahulu yang sanggup meneroka dan mengusahakannya.
Oleh: ADNAN JAHAYA
Seandainya bujam tidak lagi dikenali, mungkin pokok ibus turut dianggap sebagai pokok yang tidak pernah berbakti. Bujam dan ibus begitu sinonim suatu ketika dahulu tetapi kedua nama itu kini kian tenggelam akibat dihakis oleh arus modenisasi yang begitu berkembang. Bujam adalah antara puluhan produk warisan Melayu yang disumbangkan oleh pokok ibus. Ketika produk-produk warisan itu kian diketepikan namun pokok ibus masih gagah berdiri di sana-sini. Pokok ibus atau nama saintifiknya ‘Corypha Gebanga’ adalah sejenis tumbuhan palma yang dipercayai wujud sejak ribuan tahun lalu. Ia ditemui begitu banyak terdapat di negeri Perlis.
Oleh : MOKHTAR A.K
Sdr. Wan Khazim dilahirkan di Pengkalan Assam, Kangar, Perlis pada tahun 1933. Berpendidikan Sekolah Melayu Bintong, Sekolah Melayu Chuping dan kemudiannya ke Sekolah Arab Alawiyah, Arau hingga 3 Senawi. Terpaksa berhenti sekolah kerana menguruskan kerja-kerja di rumah, kerana bapanya telah ditangkap dan ditahan oleh Penjajah inggeis kerana menuntut kemerdekaan melalui Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Allahyarham Dr. Burhanuddin. Bapanya ditahan selama 5 tahun. Beliau akhirnya berhijrah ke Singapura dan menyambung pelajaran ke ‘Reemin English School Singapore’ dalam aliran Inggeris. Ketika beliau di Singapura beliau banyak terlibat secara langsung dalam filem dan turut berlakon dalam 8 buah filem.
PANTUN PERLIS
INDERA KAYANGAN 2
Susunan : WAN NAN WAN MAHMUD (FAWANA)
Selain daripada Encik Wan Khazim bin Wan Din, terdapat beberapa orang lagi pemantun di negeri Perlis ini. Misalnya Encik Mahmud Wahid (Tokoh Awang Batil), Encik Hanafi Osman, Encik Ahmad Saad dan Puan Haton Abdullah (lihat : KURIK KUNDI MERAH SAGA, KUMPULAN PANTUN LISAN MELAYU DBP. 1990). Sekarang dipaparkan sebahagian lagi pantun-pantun yang sering bermain di mulut anak-anak Perlis hasil dari ciptaan pemantun-pemantun seperti yang tersebut di atas.
Oleh: SHUKOR BIN MAT
Kangar merupakan bandar purba yang terus berkembang dan kekal sehingga ke hari ini sejak dari zaman awal pertubuhannya pada awal abad ke 16 (1506). Walaupun peranannya dahulu dan sekarang berbeza, tetapi apa yang seharusnya diberi perhatian ialah keadaan dan kedudukannya yang terus mantap hingga ke hari ini. laitu daripada sebuah pengkalan perahu tambang berkembang menjadi pengkalan tongkang sehinggalah menjadi ibu negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
Oleh : RAMLI ISMAIL
Apabila scorang raja mangkat, secara automatik, Raja Muda akan dimasyhurkan sebagai Duli Yang Maha Mulia ( DYMM ) Raja. Berikutan dari itu, tempat Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda kosong dan perlu diisi.
Oleh: REJAB F.I.
ADAT dan istiadat pertabalan Raja Perlis diadakan di istana Arau, lazimnya dihadiri oleh daif-daif yang kehormat terdiri daripada Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin negeri serta sultan-sultan seluruh negeri di Malaysia.
Oleh: NORDIN SAAD
Amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi yang diamalkan oleh masyarakat kita ini juga mempunyai adat dan pantang larangnya....