SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED HASSAN, PERLIS
Oleh : NASIR ALI
MASA BERLALU PANTAS meninggalkan sejarah yang terungkap dalam kenangan. Bagi mereka yang melalui saat itu dapat merakamkan berbagai kenangan. Begitu juga Bandar Kangar yang dahulunya hanya terdiri dari beberapa bangunan penting sahaja kini sudah berubah wajah. Sama juga dengan bangunan Sekolah Kebangsaan Kangar (L) yang kini sudah tiada lagi dibelakang Pejabat Pos Kangar, di tapak bangunan Jabatan Pendidikan sekarang.










