Sejarah Penubuhan UMNO Perlis Hingga Merdeka
Oleh : MUHAMMAD BIN HARUN
Malayan Union menyebabkan orang Melayu mula bersatu padu. Kalau sebelumnya tidak ada kesedaran ke arah mengadakan pertubuhan maka kedatangan Malayan Union menggerakkan orang Melayu bersatu padu dan menubuhkan persatuan. Maka pada masa itu, tertubuhlah persatuan-persatuan Melayu di tiap-tiap negeri untuk menjaga kepentingan mereka. Di negeri Perlis, sebuah pertubuhan dinamakan "Persatuan Melayu Perlis" ditubuhkan.









