KOTA INDERA KAYANGAN
Oleh: ALWI SUDIN
PADA zaman pedang, tombak, keris, lembing dan sebagainya menjadi alat senjata peperangan, kota atau tembok begitu penting dalam strategi pertahanan. Tembok Besar Cina telah dibina semasa Dinasti Chin dan diperkukuhkan oleh Maharaja Shih Huang Ti. Panjang tembok ini 2410 kilometer dan tingginya leb1h kurang 10 meter, merupakan kubu atau kota pertahanan yang mengagumkan serta menakjubkan buatannya hingga pada zaman ini. Begitu juga Kota Bastille di Perancis, A Famosa di Melaka, Kota Kuala Kedah merupakan antara ribuan kota atau tembok pertahanan zaman silam di seluruh dunia.










