KUDRAT MEMERANGI HUTAN GELAM MASIH TERPAHAT DI HATI PENEROKA
Oleh: AD NAN JAHAYA
MELIHAT sawah yang terbentang luas di Perlis mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada generasi muda tetapi bagi segelintir para peneroka sawah, ia melambangkan ketabahan serta kegigihan mereka yang tidak ternilai. Walaupun kebanyakan peneroka sawah pada awal abad ke-20 sudah meninggal dunia tetapi saki-baki peneroka yang masih hidup tidak pernah jemu untuk mengirnbas kembali usaha-usaha mereka membangunkan kawasan sawah menggunakan kudrat mereka sendiri.










