Suara Dari TUGU
Kawan
Di pagi damai ini bertemu lagi kita untuk kemanusiaan
Setiap kali pertemuan berwajah sama, kami dan tugu tetap kaku
Deru angin pagi berguguran di awan lesu bersama suara kami
Suara dari tugu dengarkah tuan?
Accessibility Tools
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Sedetik di perpustakaan, selautan ilmu pengetahuan
Kawan
Di pagi damai ini bertemu lagi kita untuk kemanusiaan
Setiap kali pertemuan berwajah sama, kami dan tugu tetap kaku
Deru angin pagi berguguran di awan lesu bersama suara kami
Suara dari tugu dengarkah tuan?
Oleh: ADNAN JAHAYA
Suatu ketika dahulu pokok gelam memenuhi hampir sebahagian besar daripada keluasan negeri Perlis terutama di kawasan selatannya. Pokok yang pernah membentuk belantara gelam itu kini mulai pupus. Sebaliknya, belantara yang menakutkan itu kini bertukar menjadi lautan sawah yang terbentang meluas.
Tugu itu hari ini harum lagi
Dengan kalungan bunga dan tiupan lagu
Hari ini ulang tahun datang lagi
Nadanya sama sahaja
Oleh: Machita Othman
Peribahasa Melayu lahir basil daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat Melayu lama. Oleh itu peribahasa dapat menggambarkan kehidupan, corak pemakanan serta nilai sosioekonomi masyarakat Melayu pada masa dahulu. Misalnya peribahasa yang berbunyi "Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Peribahasa ini bermaksud untuk mendapat kesenangan atau kejayaan kita mestilah berusaha bersungguh sungguh.
Oleh: NORDIN SAAD
Kunjung-mengunjung atau ziarah-menziarahi sudah menjadi satu amalan dalam masyarakat kita. Amalan ini bukan saja dilakukan untuk menziarahi seseorang anggota keluarga yang sedang sakit, tetapi juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di kalangan ahli keluarga dan jiran tetangga. Malah, amalan ini juga dapat memberikan peluang kepada anggota keluarga yang masih muda atau tinggal berjauhan mengenali sanak saudara mereka sendiri.
Oleh: ALDUL GHANI ON
Seiring detik yang berlalu, zaman pun turut diseret perubahan. Nilai kehidupan insan semakin tinggi. Dunia moden dengan segala kecanggihan teknologi memungkinkan kita menikmati kehidupan yang lebih selesa dan bermutu. Tetapi dalam keghairahan menghirup udara pemodenan, usah dipinggirkan warisan silam yang dilingkari adat resam dan pelbagai budaya. Adat merasi misalnya, sudah tidak lagi diamalkan di kebanyakan tempat di negeri ini.
Oleh : MUHAMMAD BIN HARUN
Malayan Union menyebabkan orang Melayu mula bersatu padu. Kalau sebelumnya tidak ada kesedaran ke arah mengadakan pertubuhan maka kedatangan Malayan Union menggerakkan orang Melayu bersatu padu dan menubuhkan persatuan. Maka pada masa itu, tertubuhlah persatuan-persatuan Melayu di tiap-tiap negeri untuk menjaga kepentingan mereka. Di negeri Perlis, sebuah pertubuhan dinamakan "Persatuan Melayu Perlis" ditubuhkan.
Nukilan: WAN NAN WAN MAHMUD
Dalam keluaran yang lalu dalam siri ini telah dikemukakan dua jenis alat menangkap ikan air tawar yang terdapat di negeri ini atau yang sering digunakan oleh penduduk setempat iaitu Serkap dan Taut. Dalam keluaran ini turut dikemukakan pula beberapa alat yang sedemikian yang sering digunakan bagi menangkap ikan air tawar.
Oleh : REJAB F.I.
ALAT-ALAT kebesaran diraja negeri Perlis merupakan alat-alat yang paling unggul, dihormati dan ada di antaranya dianggap suci dan berdaulat. Alat-alat kebesaran ini digunakan sepenuhnya di dalam adat istiadat pertabalan seseorang raja.
Oleh: MOKHTAR A.R.
Sambungan daripada Bil. 12, 2000
7. Menjadi Pendakwah Di Perlis
Sdr. Wan Khazim telah terlibat secara langsung sebagai Pendakwah di Perlis. Beliau sering memberi ceramah dalam aspek akidah, tauhid dan akhlak di masjid surau dan di Pusat Pengajian AI Islah di Mata Ayer.